Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

K’jaan dicabar benarkan peguam Perancis masuk Malaysia


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan sedia menyambut kedatangan peguam Perancis ke Malaysia untuk merungkai isu pembelian kapal selam Scorpene dalam sebuah sesi taklimat khusus kepada Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia.
Ahli Parlimen juga tanpa mengira warna kepartian harus bersama mendengar taklimat yang akan disampaikan kerana perkembangan isu Scorpene sangat penting.
Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene.
Sikap kerajaan yang membisu ini bukan sahaja menimbulkan lebih banyak persoalan malah menyebabkan persediaan untuk sesi taklimat yang telah diatur terganggu sehingga terpaksa ditangguh minggu depan.
SAMM sekali lagi ingin menegaskan sekiranya tiada berlaku rasuah atau apa jua kesalahan serius maka tiada sebab untuk peguam dari Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dihalang untuk masuk ke negara ini. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan takut sehingga peguam yang sama pernah diheret keluar dari negara ini pada 22 Julai tahun lalu?
SAMM dengan ini mencabar kerajaan Malaysia supaya berani atas nama kebenaran untuk memberi laluan kepada peguam Perancis ini masuk ke Malaysia. Kerajaan juga digesa untuk memberi jawapan kebenaran lebih awal, boleh atau tidak boleh? Kerajaan perlu berani dan jangan jadi penakut walaupun untuk katakan ‘tidak boleh’.
Untuk memastikan orang ramai mendapat first hand information SAMM akan menyediakan satu ruang awam untuk rakyat ikuti taklimat peguam Perancis di parlimen secara siaran langsung, akan dimaklum dalam sedikit masa. Selain itu, SAMM juga bercadang untuk membawa William Bourdon ke Jelajah Scorpene SAMM-Suaram siri ke-5 di Kuala Terengganu pada 30 November ini.
Kehangatan isu Scorpene berada di kemuncaknya apabila SAMM kini sedang dalam jelajah ke seluruh negara juga dikenali sebagai LeTourDeScorpene dan disambut hebat dalam 4 siri sebelumnya di empat buah negeri, menjadi bukti isu Scorpene adalah isu yang dekat dengan rakyat. Bersekutu dengan Suaram, Jelajah Scorpene kini menuju siri ke-lima di Kuala Terengganu sebelum beberapa siri lagi akan menyusul di Selangor dan Perak.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

0 Komen pengunjong :