GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghalang
pemasangan 56 kamera 1Malaysia kerana tidak mahu 1.6 juta rakyatnya
menjadi mangsa golongan ‘penghisap darah’ apabila Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) dilaksanakan di negeri itu.
Ini kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap
pelaksanaan AES itu akan menguntung syarikat kroni UMNO-BN sedangkan
rakyat akan susah menderita.
Ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri
Pulau Pinang, Jumaat lalu, Guan Eng berkata berbeza dengan Agenda
Ekonomi Saksama (AES) dalam Bajet 2013 Pakatan Rakyat yang memberi
tumpuan mengurangkan ketidaksamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi
dan pendapatan negeri dapat dijana dengan baik supaya rakyat Pulau
Pinang mendapat manfaat yang sama rata.
“AES PR berjiwa rakyat berteraskan kepada tiga konsep kesaksamaan
iaitu keadilan berkadar (proportional fairness), peluang saksama (equal
opportunity) dan keadilan prosedur (procedural fairness).
“Proportional fairness menolak mereka yang bersikap sambil lewa
kerana ganjaran akan diberi berdasarkan kemampuan dan kerajinan. Lagi
rajin dan produktif lagi tinggi ganjarannya dan sebaliknya. Peluang
saksama pula memastikan tidak ada yang akan terpinggir dan tertinggal
hanya kerana tidak memperoleh peluang pendidikan kerana miskin, peluang
pekerjaan dan kontrak kerana tidak mempunyai hubungan kabel politik atau
layanan kerana datang daripada sesuatu kaum, bangsa atau jantina,
manakala procedural fairness pula memastikan ketelusan, integriti dan
akauntabiliti diwajibkan supaya berpandukan kedaulatan undang-undang dan
mengawal amalan rasuah dan penyelewengan,” katanya.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, tiga konsep itu
dihayati dalam urustadbir Cekap, Akauntable dan Telus (CAT) dan AES PR.
“AES PR dirangka untuk membolehkan golongan miskin dipelihara dan
menjadikan Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia yang membebaskan
rakyat daripada cengkaman kemiskinan.
“AES memperkasakan dasar ‘Pro-poor’ untuk meningkatkan pendapatan
minimum bulanan bagi setiap isi rumah di Pulau Pinang kepada RM770
sebulan secara “tambah nilai atau top-up” sedangkan garis kemiskinan
ditetapkan kerajaan persekutuan sebanyak RM720 sebulan tetapi kerajaan
negeri menetapkan pada tahap terbaru RM770 sebulan serta mensejahterakan
kebajikan rakyat kepada warga emas, ibu tunggal, OKU dan bantuan
“one-off” IPTA sebanyak RM1,000.
“Malah pada 2013 bantuan kebajikan dikembangkan lagi kepada waris ibu
tunggal dan OKU. Selepas menjadi negeri pertama yang menghapuskan
miskin tegar, kita harus bangga Pulau Pinang sebagai negeri berkebajikan
tercapai dengan AES,” ujarnya.
Beliau yakin menerusi Bajet AES akan membolehkan warga Pulau Pinang
lebih yakin, berdaya saing dan berpeluang menikmati hidup bermaruah
dalam sebuah negeri tanpa rasuah dan tidak akan menjadi bankrup.
Katanya, usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan kestabilan ekonomi
dan suasana harmoni di Pulau Pinang harus dipuji kerana akan terus
memperkukuhkan usaha menjaga kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara
ini.
“Bajet 2013 Kerajaan Negeri adalah bajet yang holistik dan
komprehensif yang menjadi teras dalam usaha murni memastikan rakyat
mendapat manfaat daripadanya, bukannya seperti kerajaan sebelum ini yang
menyusah dan membebankan rakyat,” katanya.
Guan Eng berkata, bagi menghadapi persekitaran yang semakin mancabar,
kerajaan negeri akan melakukan anjakan paradigma dan lonjakan mega
selari dengan mandat yang diberi rakyat selama ini.
–/ Roketkini.com
Ingatkan mangsa kemalangan maut ke apa tadi.
ReplyDelete