KUALA
LUMPUR 14 OKTOBER: DAP dengan jelas dan tegas mengulangi pendiriannya
bahawa parti itu berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang
menggangkat Islam sebagai agama rasmi negara.
Kenyataan ini dibuat rentetan pembohongan serius yang menuduh DAP
terlibat dalam usaha untuk menubuhkan Negara Kristian di Malaysia dengan
meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.
Menyifatkan cuma orang bodoh sahaja yang mempercayai tuduhan
tersebut, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menegaskan bahawa pendirian
DAP adalah konsisten dengan pendirian tiga Perdana Menteri yang lalu
Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn sejak 46 tahun
penubuhan parti itu.
“Setakat pengetahuan dan pengalaman saya sejak 55 tahun kemerdekaan
pada 1957, dan 49 tahun penubuhan Malaysia, tidak pernah wujud sebarang
seruan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Kristian di Malaysia.”
Tuduhan dan pembohongan tidak berasas paling tidak bertanggungjawab
tersebut ujar Kit Siang adalah perancangan jahat pihak UMNO-BN yang
memperlihatkan mereka semakin terdesak.
“Tindakan desperado ini tidak ada batasnya. Mainan propaganda jahat
dalam media arus perdana maupun media sosial adalah untuk mencipta
ketakutan dan menanam benih kebencian dan konflik untuk menjamin
kedudukan Perdana Menteri keenam dan parti pemerintah.” katanya.
Dalil yang menyanggah tuduhan UMNO-BN
Menyanggah pembohongan UMNO-BN, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen
Ipoh Timor menjelaskan bahawa DAP berpegang kepada Malaysia yang
demokrasi, meraikan kepelbagai kaum dan agama, bersifat sekular dan
menjunjung Islam sebagai agama Persekutusan seperti yang tertakluk dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Menjelaskannya lanjut, beliau berkata, “Sekular disini bukan
bermaksud anti agama atau anti tuhan tetapi berasaskan siasah pembinaan
negara berasaskan moral dan pro-kepada agama-agama di Malaysia malah
mempertahankan kepelbagaian agama dan keberagaman budaya Malaysia.
Tambahan pula fakta menunjukkan bahawa agama Kristian merupakan agama ketiga terbesar di Malaysia.
“Agama Islam dianuti sebanyak 60.4 peratus penduduk Malaysia, diikuti
Buddha sebanyak 19.2 peratus, Kristian 9.1 peratus, Hindu sebanyak 6.3
peratus dan Konfusius, Tao dan agama Tradisional Cina yang lain sebanyak
2.6 peratus.”
Selain itu jelas Kit Siang, terdapat cuma 35 orang Ahli Parlimen
sahaja yang beragama Kristian atau satu per enam dari kekuatan Parlimen.
“Adalah satu perkara yang mustahil untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan bagi menubuhkan negara Kristian kerana bilangan Ahli
Parlimen beragama Kristian tersebut tidak sampai pun dua pertiga dari
148 Ahli Parlimen untuk membentuk majoriti.”
Kelompok pengkhianat negara
Dalam pembinaan negara Malaysia yang kehadapan, Kit Siang berkata
tindakan kelompok yang menyebarkan pembohongan dan kepalsuan ini akan
merosakkan proses pembangunan negara Malaysia yang berbilang kaum dan
agama
“Mereka layak dikutuk sebagai pengkhianat yang paling hina dan keji
kepada wawasan pembinaan negara Malaysia yang bersatu dan harmoni!”
tegasnya.
-roketkini.com
.
0 Komen pengunjong :