Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS kecewa dengan Nasha


KUALA LUMPUR: PAS tidak menghalang sekiranya DAP Sarawak berhasrat membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa kerana menuduh parti itu mahu membentuk negara Kristian.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, kenyataan Nasharudin itu tidak ada kena mengena dengan pendirian parti, malah perkara itu tidak pernah dibangkitkannya dalam Majlis Syura mahu pun Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PAS.
“Sekiranya DAP nak buat laporan, (Lim) Kit Siang nak saman itu hak mereka.
“Tindakan Nasha tiada kena mengena dengan PAS kerana tak pernah dibawa berbincang,” katanya dalam sidang media bersama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar.
Beliau berkata, pihaknya kecewa kerana kebelakangan ini hubungan Nasharudin dengan PAS kelihatan tidak serapat hubungannya dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, ini terbukti apabila kenyataan Nasharudin jika dilihat dari sudut politik jelas bertujuan menguntungkan BN dan sengaja mahu mewujudkan ketegangan antara parti dalam Pakatan Rakyat.
“Saya secara peribadi mempertikaikan niat dan tujuan beliau mendedahkan perkara ini kepada media tanpa mengemukakan kepada PAS seolah-olah beliau mempunyai agenda politik tertentu.
“Saya yakin sekiranya dia ada bukti untuk dikemukakan kepada DAP dan PAS, maka tindakan yang sewajarnya terhadap orang-orang yang terbabit (sekiranya benar) akan diambil.
“Tetapi oleh kerana ingin menjadikannya sebagai sensasi dengan tujuan politik yang jelas, ianya tak dilakukan dengan cara yang bertanggungjawab sebaliknya bila dah dekat pilihan raya baru dia dedahkan kepada umum,” katanya.

Sengaja timbul ketegangan

Beliau turut mengecam Nasharudin kerana mengamalkan politik murahan apabila sengaja menimbulkan ketegangan dan mendakwa ianya satu tindakan terancang yang didalangi Umno.
“Kita tahu bila dia buat (kenyataan) dia akan sedia disambut (baik) oleh Umno.
“Mungkin dah pakat dah pun, dah bincang, ini politik murahan…dia duduk di Majlis Syura sejak dulu diam seribu bahasa…kita bekerja dengan DAP ni bukan semalam.
“Tindakannya direncanakan Umno dengan tujuan nak timbulkan masalah dalam PAS,” dakwanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan Nasha yang selama ini hebat mengkritik pemimpin DAP sedangkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga sebelum ini lebih lantang membantah dasar PAS termasuk isu pelaksanaan hukum hudud.
“Cukup pelik kenapa DAP sentiasa jadi sasaran Nasha sedangkan Soi Lek mengeluarkan kenyataan terhadap hudud dan negara Islam yang jauh lebih teruk daripada Kit Siang,” katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata pihaknya menyerahkan isu ini kepada Majlis Syura untuk menentukannya.
.

0 Komen pengunjong :