Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok


TASEK GELUGOR:
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang.

Ini merupakan satu kebangkitan luar biasa yang sukar dipercayai namun itulah hakikat sebenar kemaraan tsunami politik sejak tahun 1999 di Johor.

Walaupun di Johor kebangkitan agak lambat berbanding negeri lain tetapi ianya menyeluruh terutamanya anak muda yang terdedah dengan media baru.

"Itulah kesan media baru terhadap anak muda. Mereka lebih mempercayai media baru yang bersikap tidak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN)," terangnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Cawangan baru PAS Cawangan Taman Desa Sena dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Masyarakat Felda ujarnya, sudah sedar dan menanti saat pilihanraya umum ke 13 untuk menghukum kezaliman BN yang lebih mementingkan kroni daripada menjaga kebajikan rakyat.

Sekarang, katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman berjaya mengoncang Felda dengan isu saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang kian merudum.

Menurut Haji Mohamad lagi, kemunculan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor, Salahudin Ayob juga menjadi faktor kenapa sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima ramai.

"Terlalu banyak penyelewengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN pimpinan Ghani Osman bocor hari demi hari, " tegasnya.

Pemberian BR1M yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun sekadar 'one off' ekoran tibanya pilihan raya.

Lagipun kemantapan Pakatan Rakyat membuatkan BN tidur tidak lena sampai sekarang sekaligus mengusarkan perasaan Perdana Menteri,  Najib Razak.

Ramai rakyat Johor, katanya, kecewa terhadap Najib kerana gagal membawa perubahan yang menguntungkan rakyat umumnya sebagaimana kejayaan mantan Perdana Menteri ke dua Malaysia yang juga ayahanda pada Najib.

"Rakyat kena bandingkan pemerintahan ayahnya dengan beliau baru terasa ada perbezaan yang besar.  Ayahnya berjuang untuk rakyat sebaliknya Najib menghalakan perjuangan menyelamatkan kroni, " jelasnya.
.

1 comment :

  1. Dulu pokok tolong berzikir
    Sekarang orang sudah tahu berfikir

    ReplyDelete