Sejak kecil saya adalah pembaca setia
Utusan. Di Kelantan, dulu
Utusan sampai belah petang.
Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit
Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.
Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap
Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal - tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.
Malang,
bagi sebuah institusi media yang disegani, dibina oleh pelopor dan
pejuang awal, akhirnya tertiarap di kamar mahkamah atas satu isu demi
satu isu yang lain.
Hampir saban minggu
Utusan didakwa atas pelbagai saman malu, fitnah dan berita bohong.
Terakhir, pengakuan Sdr Chamil Wariya,
Utusan telah mengubah cerpen gubahan Chamil. Serendah itu,
Utusan menjatuhkan dirinya?
Apa yang PM bincangkang?
Penjelasan beberapa paderi atas laporan
Utusan yang membarakan api permusuhan agama, menjadikan
Utusan kelihatan sebuah mesin propaganda murahan yang rendah mutu dan kehilangan kompas akhlak.
Saya tidak fakir itu baik untuk negara dan khususnya umat Melayu.
Pendedahan kian tersebar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib menemui Soros secara diam-diam di Amerika Syarikat - sewaktu
Utusan menghayun serangan bertubi-tubi terhadap pelbagai pihak sebagai agen Soros untuk tujuan buruk - menemplak
Utusan dengan cara yang amat menghiris maruah dan integriti.
Belum lama laporan muka depan
Utusan "Lagi Kaitan Soros". Kenapa
Utusan tidak sanggup 'memukadepankan' laporan pertemuan itu? Najisnya Soros pada mata
Utusan seharusnya tidak membezakan sesiapa.
Bertemu,
bersua muka dan ‘secara sulit beragenda' dengan Soros, tanpa
dimaklumkan kepada rakyat jelata, menjadi sebesar-besar tanda tanya:
"Dalam poket Soroskah pemimpin kita?"
Apakah yang dibincangkan?
Apa pentingnya perdana menteri yang baru memegang jawatan menemui
‘Penyangak Yahudi' (Seperti logik di ketengahkan
Utusan) seperti Soros?
Ke pangkal jalan
Tidak
dapat tidak kita memerlukan pendekatan rasional dan manipulasi
keterlaluan akhirnya hanya menjerat leher pemasang jerat itu sendiri.
Lebih menghibakan, sekali sekala terkilas laporan muka depan
Utusan berunsur
seks (yang dipolitikkan) yang sangat keterlaluan. Sampai kesannya
kepada generasi muda dan anak-anak kecil parahnya tidak dapat lagi
dijangkau.
Sedang, pembaca jelik itu termasuk anak cucu Sdr Ketua Pengarang sendiri, anak cucu pengerusi dan ahli lembaga pengarah
Utusan, mungkin terbentuk dengan bentukan liar sepanjang hayat mereka.
Tidakkah
terbetik di hari saudara-saudara kecemburuan terhadap runtuhnya nanti
akhlak generasi yang masih putih bersih itu lantaran kegelojohan
membinasakan ‘lawan' dengan laporan-laporan resam Melayu pun menolak,
apa lagi nas Tuhan.
Masih belum terlambat kembali ke pangkal jalan. Laporan berprestasi, profesional dan beretika.
Di dunia mendapat sanjungan, di sisi Tuhan nanti tidak terlaknat.
Islam
selamanya meletakkan kebenaran, kejujuran, menolak aib, permusuhan dan
keterlaluan dan itu kekal sebagai jalan selamat, bermaruah dan
terhormat.
Maafkan saya.
.
0 Komen pengunjong :