Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini
sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.
Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila
bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan-bukan hanya berdasarkan satu SMS
yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
Bagaimana seorang presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh
bersikap tidak professional malah sangat memalukan. Bukan sahaja
bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu-satu pendirian,
tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung
tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan
menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru
hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua
Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa
memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam. Apakah Dr
Chua Soi Lek telah dirasuk syaithan yang dikenali sehingga lantang
mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh
individu yang tidak dikenali.
Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan
berkesan dari pemimpin Umno demikian juga Ulama Muda Umno. Kesemua
mereka secara tiba-tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran
sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang
sedang menerajui pemerintahan Negara ini. Apakah para mufti juga
terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali? Saya harap tidak
berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.
NGO-NGO Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu
dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat
Umno dalam BN iaitu MCA dan presidennya.
NGO-NGO Melayu juga selayaknya berperanan. Terutama Jati dan Perkasa
agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran
apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP.
Ke mana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek?
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma
tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum
hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina,
mempersenda, merendah-rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta
manusia dan sekelian alam ini.
Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera
memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat di
atas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan
kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau.
Sedang rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini,
sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru
perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan negara sekaligus
menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau
di usia lewat. Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud,
mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah.
Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan
langsung yang mencetus kerosakan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti
mungkar yang berleluasa itu.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
0 Komen pengunjong :