Showing posts with label Ustaz Nasruddin Hassan. Show all posts

Hikayat 7 Janji



Janji ditatah permata janji
Lidah menutur bibir mengukir
Arakian janji berganti janji
Dulu tagih kini mungkir

UMNO janji berganti janji
Dulu janji sekarang janji
Pak Lah Badawi berjanji
Najib  Tun Razak berjanji
Muhyidin Yassin pun berjanji

Janji buat jambatan
Janji bina rumah kos rendah
Janji kawasan wifi percuma
Janji lapangan terbang
Janji lebuhraya
Janji tak nak buat janji palsu
Janji tiada projek mee segera
Janji nak tepati janji

Namun realiti janji tinggal janji
Hanya sambung legasi janji
Mengumpul tambah koleksi janji
Berjanji untuk terus berjanji
Berjanji tidak henti berjanji
Berjanji senantiasa berjanji

Seminggu tujuh hari berjanji
Sehari tujuh kali berjanji
Sejam tujuh perkara berjanji

Janji lama belum dikota
Janji baru menyumbat telinga
Janji Bagan Pinang janji yang hilang
Janji Tenang hanya untuk dikenang
Janji Manek Urai belum terurai
Janji Galas pun tidak tergalas

Sifat munafik suka mungkir janji
Islam benci tabiat mungkir janji
Rakyat tolak pemimpin mungkir janji

Banyak sungguh berjanji
Siang berjanji
Malam berjanji
Perdana Menteri berjanji
Timbalannya berjanji
JKKK pun nak berjanji

Asal cakap berjanji
Adal pidato berjanji
Asal ceramah  berjanji
Asal melawat berjanji
Asal jumpa orang berjanji
Asal masuk  tv berjanji

Asal dekat pilihanraya berjanji
Asal berjanji pilihanraya dekat

Nukilan
Nasrudin bin Hassan
Seterusnya >>>

Kritik, mengkritik & dikritik


a] Terima kasih pada semua kerana konfiden bahawa PAS akan berjaya memerintah negara kelak [insyaallah] berbanding dulu, hampir tidak ada orang luar nak bincang pasal PAS dan memang sukar nak cari orang luar yang mahu bantu PAS berjuang menghadapi kuasa "besar" UMNO dan BN yang penuh dgn korupsi. Sebahagiannya selesa dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin dengan jawatan yang selesa pula.

b]  Budaya tidak boleh ditegur alhamdulillah TIDAK berlaku dalam PAS. Jika seorang dua dikesan begitu, maka itu kes terpencil dan dia bukan budaya dalam PAS. Kepimpinan PAS ialah kepimpinan yang berteraskan Islam sesuai dengan Islam sebagai asas perjuangan PAS.

c] PAS dan kepimpinannya senantiasa terbuka dan berlapang dada dalam menerima pandangan dan kritikan justeru itu akhlak Islami yang salayaknya dimiliki oleh setiap pemimpin dan individu muslim. Kita mengalu - alukan teguran dan kritikan yang membina dari semua pihak. Kita senantiasa responsif namun tidak semestinya  100 peratus teguran atau kritikan yang kita terima perlu dipakai. Sebaliknya teguran atau kritikan yang diterima itu akan dipertimbangkan dan disorot dengan penuh cermat serta mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu keputusan diambil.

c] kita harus sedar, teguran dan kritikan yang dihamburkan kepada PAS banyak jenis dan kategori.

* Ada yang perlu dilayan dan diterima.  Sebagai contoh, kritikan itu disampaikan dengan baik dan membina. Tambahan jika ianya lengkap dengan fakta dan maklumat yang benar.

*Ada yang perlu ditangani dengan bijaksana. Sebagai contoh , kritikan dari seseorang atau ahli parti yang keliru terhadap keputusan yang diambil oleh parti secara jamaei.

*Ada yang perlu ditolak dan ditempelak kembali. Sebagai contoh kritikan yang memalukan atau kritikan yang menjatuhkan pula dibina berasaskan maklumat yang salah, persepsi yang negatif dan fitnah yang jahat. Tidak kurang juga kritikan yang hanya menguntungkan musuh Islam.

*Ada yang perlu didengar tapi tidak perlu dilayan dan diambil pusing. Biasanya berlaku pada kritikan bebas tanpa ilmu dan pengkritiknya sendiri tidak konsisten dengan kritikannya. Satu kritikan yang datang dari pengkritik bebas yang tidak mempunyai sifat tanggungjawab terhadap setiap kritikan. Seperti melontar batu ke air tenang lalu lari menyembunyikan tangannya.

d] Kalau kita lihat al Quranil Karim, diantara method al Quran ialah membalas dan menjawab kritikan pihak lain khususnya musyrikin terhadap Islam disamping Al Quran yang sama mengajar kita menerima dan berlapang dada terhadap teguran, kritikan dan nasihat.

e] seringkali teguran dan kritikan yang dilemparkan kepada PAS perlu dipertimbang dengan  mengambil kira realiti, maklumat dan asas yang tepat. Justeru terlalu banyak kritikan yang sampai adalah bersumber dari fitnah dan maklumat atau persepsi yang salah.  Kritikan yang hanya datang dari perasaan geram dan dendam.

f] Tanpa dinafi bahawa banyak juga kritikan yang membina malah sebahagiannya lengkap dengan fakta dan kajian teliti. Kita menerima kritikan sedemikian dan memakainya sebagai satu yang peluang untuk membina PAS.

g] Apa yang membanggakan saya ialah kini PAS telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak.  Ini satu perkembangan positif. Tinggal lagi pimpinan PAS harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita - cita perjuangan Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM



Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~
Seterusnya >>>

Umno mesti keluar BN


1.     Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2.     Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3.     Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

4.     UMNO terpaksa “menutup mata” dan “menyumbat mulut” terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.

5.     Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"

6.     Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.

7.     UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan “politik biawak” apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.


8.     Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.

9.     Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.

10.  Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila “bersekedudukan” tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Seterusnya >>>

Chua Soi Lek liabiliti kepada Barisan National

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.
Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan-bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.

Bagaimana seorang presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu-satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam negara ini.

Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam. Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaithan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali.

Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin Umno demikian juga Ulama Muda Umno. Kesemua mereka secara tiba-tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.

Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini. Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali? Saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.

NGO-NGO Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat Umno dalam BN iaitu MCA dan presidennya.

NGO-NGO Melayu juga selayaknya berperanan. Terutama Jati dan Perkasa agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP.

Ke mana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek?

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah-rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian alam ini.


Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat di atas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau. Sedang rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka.

Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan negara sekaligus menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau di usia lewat. Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah.

Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu.


Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Seterusnya >>>

MCA Anti Islam


1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.


3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
.
Seterusnya >>>

Maaf Najib tak cukup : Pemuda PAS

NONE

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata siri permohonan maaf yang dilakukan perdana menteri sejak akhir-akhir menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kesilapan mereka dalam mentadbir negara.

Namun, kesilapan itu tidak boleh diselesaikan dengan meminta maaf sahaja, tetapi perlu diiringi dengan "mengembalikan hak rakyat," kata Nasruddin.

"Macam orang yang curi motosikal kita, dia boleh minta maaf tapi dia kena pulangkan motosikal kita," tegasnya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengemukakan analogi itu ketika menyenaraikan "hak rakyat" yang perlu dikembalikan perdana menteri, antaranya bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, perdana menteri juga perlu mengembalikan hak mangsa yang ditahan di bawah ISA sebelum ini, katanya.

Tambahnya, perdana menteri juga tidak boleh lari daripada isu "rampasan kuasa ke atas kerajaan Perak" dan perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata Dewan Pemuda PAS juga merancang untuk mengadakan kerjasama dengan pusat kajian Institut Integriti Malaysia untuk menyediakan calon daripada barisannya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Nasruddin berkata rancangan kerjasama itu bertujuan untuk membolehkan calon Pemuda PAS itu diyakini rakyat.

Program itu mungkin melibatkan kursus, ujian praktikal dan juga mungkin melibatkan perisytiharan harta, katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.
Seterusnya >>>

Saya tidak lagi bersama dengan Hasan Ali

Nasrudin Hasan

GOMBAK - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan menegaskan, beliau tidak lagi bersama Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, malah tidak ambil peduli terhadap tindak tanduk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mendakwa Dewan Pemuda Pas berada di belakang dan menyokong tindakan-tindakan diambil Hasan.
Nasrudin berkata, setelah Hasan dipecat dan tiada rayuan dibuat, beliau menganggap bekas Exco Selangor itu sebagai orang luar yang tiada kena-mengena dengan Pas.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari dan minggu lalu, beliau mengumumkan tidak akan membuat rayuan.

"Saya difahamkan sebelum ini dalam 'roadshow' beliau, Hasan ada berkata yang Pemuda berada di belakangnya, menyokongnya. Di sini saya nak tegaskan bahawa saya tak bersama beliau selepas dia keluar Pas dan dia tidak kemuka rayuan. Saya tak bersama beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Pemuda Pas di sini, hari ini.
Selain itu, Nasrudin berkata, walaupun terdapat beberapa kenyataannya sebelum ini yang didakwa menyebelahi Hasan, ia disebabkan Adun Gombak Setia itu masih lagi ahli Pas.

"Pemuda sejak awal lagi konsisten perjuangkan Islam. Kita tak pernah menyeleweng seperti yang didakwa dia (Hasan) yang mengatakan Pas kini mengabaikan perjuangan. Dari segi penubuhan negara kebajikan, kita cuma memperhalusi pendekatan dan perbaharui tindakan yang sesuai mengikut suasana. Itu perkara biasa.

"Mungkin bila kita ubah nama dari negara Islam kepada negara kebajikan, dia mengatakan kita sudah abai perjuangan. Sebenarnya tidak ada beza pun. Negara kebajikan ialah membina negara Islam," tegasnya.
Seterusnya >>>

Najib sertai Thaipusam perlu fatwa jelas, telus


GOMBAK : "Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.


Baginya, ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali juga harus menyatakan pendirian jika benar mendakwa dirinya pembela akidah umat Islam.


"Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Kawasan Gombak, hari ini.
.

Sehubungan itu ujarnya, bagi mengelakkan perkara yang menjejaskan akidah itu berulang, mufti-mufti perlu mengeluarkan fatwa yang jelas dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.


Pemuda PAS tidak bersama Hasan

Sementara itu, katanya Hasan bebas melakukan apa sahaja dan tidak perlu diambil peduli lagi oleh parti kerana beliau bukan lagi ahli PAS.


Beliau berkata, terserah kepada Hasan untuk memilih cara yang sesuai bagi mempertahankan Islam seperti yang didakwanya.


Namun DPPM tegasnya, tidak lagi bersama Hasan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mendakwa Dewan Pemuda PAS berada di belakang dan menyokong tindakan-tindakan diambil Hasan.

Beliau juga menafikan dakwaan Hasan bahawa PAS sudah terpesong daripada perjuangan asal.


"PAS khasnya dan Pemuda amnya sejak awal  konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Islam.


"Kita tak pernah lari sebagaimana yang didakwa (Hasan) cuma apa yang berlaku, kita memperhalusi pendekatan dan memperbaharui tindakan yang sesuai dengan suasana yang ada pada hari ini. Itu perkara biasa," katanya.
Seterusnya >>>

Pemuda PAS seru anak muda segera bangkit selamatkan negara

PETALING JAYA: Sempena sambutan maal hijrah, Pemuda PAS menyerus anak muda supaya bangkit dari tidur yang panjang.
Nasrudin Hassan dalam perutusan yang dikeluarkan hari ini berkata  kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat.
Katanya,kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan.
“Setiap individu  khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk  melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt.
“Bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerak kerja menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang .
“Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci,” kata Nasrudin.
Menurutnya,  hijrah kaya dengan kisah pengorbanan sama ada nyawa dan harta.
Sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan diadakan di Putrajaya pagi tadi.
Seterusnya >>>

Himpunan Aman: Transformasi Mat Jenin

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dicadangkan oleh kerajaan Umno BN antara lain mestilah menghantar notis kepada pihak polis selama 30 hari sedang negara lain seperti Myanmar jelas lebih maju penghayatan demokrasinya apabila menghadkan hanya 5 hari notis kepada pihak berkuasa untuk menganjurkan himpunan aman.
“Ini membuktikan Malaysia di bawah pentadbiran Umno dan BN semakin mundur ke belakang dengan slogan transformasi angan-angan Mat Jenin,” kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi kepada Harakahdaily.
Katanya, kelihatan mereka seperti mahukan perubahan setelah perit ditolak rakyat dalam pilihan raya umum tempoh hari tetapi mereka tidak mempunyai keberanian untuk benar-benar berubah dan menyambut baik aspirasi rakyat.
Menurutnya, mereka bimbang kehilangan kuasa dan mereka tidak berani sebenarnya untuk melakukan perubahan dengan memberi lebih kuasa kepada rakyat berbanding memusatkan kekuasaan sepenuhnya pada mereka kerana telah biasa berkuasa sejak lebih 50 tahun yang lalu.
“Langkah ini akan memakan diri mereka sendiri,” ujarnya.
Beliau menambah, apabila mereka dilihat enggan berubah malah semakin memusatkan kekuasaan mereka bererti mereka akan menyaksikan nasib serupa sewaktu rakyat menolak kepimpinan mereka melalui pilihan raya umum 2008 yang lalu.
“Dulu mereka ditolak kerana keangkuhan dan pemusatan kuasa yang keterlaluan selama ini," katanya.
Seterusnya >>>

Himpun bukti Umno wajib terima hukum Islam termasuk hudud


KUALA LUMPUR, 24 Okt — Pemuda PAS yang sebelum ini menyokong penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menegaskan sudah sampai masa bagi kerajaan Umno-BN mengisytiharkan penerimaan dan pelaksanaan undang-undang Islam khususnya berkait dengan undang-undang murtad dan hudud.
Sehubungan itu, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, sekurang-kurangnya kerajaan pusat sewajarnya bersedia mengiktiraf, memberi laluan dan sokongan padu kepada Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
“Gesaan ini saya asaskan kepada sikap yang telah diambil oleh Umno sebagai pemegang teraju kerajaan serta NGO Umno yang menyokong gerakan Selamatkan Akidah Ummah dan 10 resolusi yang dihasilkan dari Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam kelmarin,” katanya.
PAS memutuskan untuk tidak menyertai Himpun, yang menerima penyertaan kecil meskipun penganjur menyayasarkan lebih 100,000 orang, atas alasan ia tidak membabitkan penglibatan pihak politik.
Sebelum keputusan itu diambil Pemuda PAS membuat pendirian menyokong penganjuran Himpun.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpun.
Katanya, kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu yang antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.
Nasrudin berkata, menerima dan melaksanakan undang-undang Islam adalah sebahagian daripada tuntutan akidah Islam yang mesti ditunai oleh setiap individu Muslim.
Katanya, perjuangan Himpun adalah untuk selamatkan akidah dan ianya disokong oleh Umno dan NGO-NGOnya dan oleh itu, “saya percaya inilah masa yang betul dan tepat untuk Umno menyatakan kesediaan mereka bagi melaksanakan undang-undang Islam kerana ia sebahagian dari tuntutan akidah yang mahu diselamatkan oleh mereka.”
“PAS menyokong perjuangan untuk selamatkan akidah malah PAS sejak awal lagi telah menggerakkan kebangkitan untuk menyelamatkan akidah ummah yang telah dicemari oleh faham sekular yang tebal sehingga lahir pegangan politik suku dan agama suku dalam masyarakat ummat Islam di negara kita.
“Pemerintah enggan melaksanakan syariat Islam kerana memahami Islam hanya dalam perkara solat, puasa, haji dan zakat, tidak lebih daripada itu,” kata beliau.
Kata Nasrudin lagi, biarpun gerakan tersebut dianggap menongkah arus, PAS mendepani pelbagai bentuk halangan dan cabaran serta menyerap tekanan demi masa depan akidah ummah.
“Himpun hanya benar-benar berjaya apabila semua NGO yang bergabung di bawahnya menyatakan komitmen tinggi untuk terus melangkah, menggalas perjuangan memartabatkan syariat Islam di atas tanah air kita.
“Sementara parti politik seperti Umno yang mempunyai kuasa dan mandat memerintah negara, sayugianya bertindak lebih dari sekadar menyokong agenda Himpun untuk menyelamatkan akidah,” katanya.
Nasrudin menambah, bahkan Umno mestilah memanfaatkan seluruh keupayaan dan kekuatannya selaku parti utama dalam pemerintahan negara untuk mendaulatkan syariat Islam dalam pelbagai aspek peraturan dan perundangannya demi memastikan agenda menyelamat akidah ummah benar-benar praktis dan berkesan.
“Ia boleh dimulakan dengan sokongan padu kepada kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II,” katanya dengan merujuk kepada pendirian pentadbiran Nik Aziz mahu kerajaan persekutuan membenarkan pihaknya melaksanakan undang-undang itu.
Seterusnya >>>

Pemuda PAS 'simpati' pada ulama muda Umno

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Antara tindakan itu, tambahnya, apabila kumpulan itu menyerang PAS dalam isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) dan menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.

"Ternyata usaha ulama muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.

"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," dakwanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Menulis dalam blognya malam tadi, Nasrudin - graduan Universiti Al-Azhar, Mesir - juga menyindir Pemuda Umno yang tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Dr Asri.

"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.

Bagaimanapun, Nasruddin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu.
Seterusnya >>>

Kekerasan polis: Pemuda PAS bersama SUHAKAM

Pemuda PAS melahirkan rasa terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana sudi menerima kunjungan daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PAS pada 12 Julai baru-baru ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pesuruhjaya Mohd Sha'ani Abdullah membuktikan bahawasanya SUHAKAM benar-benar memandang serius terhadap laporan keganasan pihak polis ke atas peserta BERSIH 2.0 yang diserahkan kepada pihak SUHAKAM baru-baru ini.

Beliau yang turut hadir bagi memantau perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyifatkan penangkapan yang dilakukan ke atas peserta himpunan aman dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) adalah satu bentuk pencabulan.

Pesuruhjayanya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, oleh yang demikian semua mangsa yang dizalimi polis pada hari kejadian dinasihatkan agar tampil ke depan bagi mengemukakan aduan secara terus supaya Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS.  Katanya, ini kerana tindakan yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab malah ia merupakan tindakan penyalahgunaan kuasa dan ia jelas bertentangan dengan hak asasi manusia.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM ini wajar untuk diberi perhatian serius kerana ianya melibatkan sebuah institiusi yang tugasnya adalah untuk menjaga keamanan negara dan kebajikan rakyat, bukannya sebuah institiusi yang melayan rakyat yang tidak bersalah seperti penjenayah negara.  Rakyat perlu bersuara apabila berlaku pencabulan ke atas hak asasi mereka.  Keganasan dan ketidak adilan yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa perlu dibongkarkan supaya masyarakat lain dapat melihat realiti demokrasi yang ada di dalam negara kita.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong pendirian yang dikeluarkan oleh pihak SUHAKAM dalam menentang keganasan yang dilakukan ke atas sebilangan rakyat Malaysia.  Dewan Pemuda PAS juga meminta untuk sekalian mangsa dan saksi keganasan polis pada 9 Julai baru-baru ini untuk kita tampil bersama memberikan keterangan kepada pihak SUHAKAM.

*Kenyataan media oleh Nasrudin Hassan  selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Seterusnya >>>

Pemuda PAS: Siapa sebenarnya subversif

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican dalam Utusan Malaysia hari ini yang menuduh PAS, PKR, DAP dan sekretariat BERSIH mengamalkan kegiatan subversif dan anarki.

"Saya selaku ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata?" kata Nasrudin Hasan.

"Sedangkan saya mahu Reezal Merican (kanan) melihat apakah tindakan provokasi ratusan Pemuda Umno Malaysia yang berhimpun untuk mengecam dan mencabar untuk membakar bangunan PKR beberapa malam yang lalu adalah perbuatan sopan dan baik?
(Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis menafikan bahawa beliau berucap mengugut untuk membakar pejabat PKR di Tropicana).
"Adakah Reezal Merican sedar bahawa PERKASA yang melancarkan Gerak Aman dan Pahlawan Keamanan sambil melontarkan beberapa kenyataan berbaur pertembungan fizikal bukan sesuatu yang mengancam keamanan negara?" soal Nasrudin dalam satu kenyataan.

Malah, Nasrudin (bawah) bertanya adakah Reezal Merican tahu terdapat pertubuhan silat di negara ini yang bersedia untuk menghalang peserta himpunan aman BERSIH 9 Julai dengan tanpa jaminan bahawa anak-anak buah pertubuhan silat itu akan melakukan tindak balas yang agresif.

"Sejak sekretariat BERSIH mengumumkan Himpunan Aman BERSIH 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru-hara pada hari tersebut.

"Tetapi sebenarnya, reaksi emosional Umno, termasuk rangkaian dan media miliknya yang cuba menanamkan rasa takut kepada jiwa rakyat sehingga pelbagai ancaman dilemparkan penganjur BERSIH.

"Siapakah sebenarnya yang cuba bersikap subversif?" soalnya lagi

Sebaliknya, kata beliau, perhimpunan tersebut dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan ia akan berjalan secara aman tanpa sebarang perancangan dan agenda sulit.
Seterusnya >>>

Bersih 2.0: Pemuda PAS tidak gentar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip3CoJ7HQzBc9yiAHdgucyzmoHIMosdzK9ZlXtOvmng5xDK3HhiVn6NjaQaWZHp69ym97FKvIjRSPAlvWib9THAihfXQEedifQkUxdMIUo_vV0Zw2EwLn7hPIcUxejHoIWrTyHiJXk6tQ/s400/ucapan+KP.jpg
1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi  sebahagian daripada tuntutan Islam.
 2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
  • Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
  • Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
  • Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi  tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah " rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion  telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.
4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan  kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang  PTPTN.  Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.
5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.
6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal  himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.
7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.
8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai  BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !
9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?
10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba  mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.

Memimpin Kebangkitan Anak Muda
Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Seterusnya >>>

PAS bukan parti ekstrem, Pemuda mahu bina imej baru


SHAH ALAM, 2 Jun — Nasrudin Hassan menekankan pihaknya mahu membina imej baru membabitkan PAS sambil berkata, komponen Pakatan Rakyat itu “bukan sebuah parti ekstrem dan tidak boleh bertolak ansur” sebagaimana dilabel musuh politiknya. Sambil mengakui wujud gambaran sedemikian dan digambarkan sebagai sebuah parti yang hanya suka mengadakan demonstrasi, Ketua Pemuda PAS itu berkata, kini pihaknya mengambil pendekatan berbeza.
“Saya menyedari bahawa kebelakangan ini ada tanggapan sedemikian, ekoran perkembangan semasa yang berlaku, kami dipaksa bertindak (mengadakan demonstrasi), tetapi bukan sengaja mahu mengadakan demonstrasi,” kata beliau dalam temu bual bersama The Malaysian Insider menjelang Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat di sini.
“Kami buat aduan polis tapi disia-siakan, kami serah memorandum disia-siakan, maka mahu tidak mahu rakyat bangkit dan mengadakan demonstrasi bantahan,” kata beliau.
“Bukan bermakna kami Pemuda ini hanya berdemonstrasi tetapi kami membawa perasaan rakyat yang tidak ada ruang untuk membantah... itu perkara biasa,” katanya.
Tetapi tegas beliau, parti politik persaingan seperti komponen Barisan Nasional (BN) pun mengadakan demonstrasi, bukan Dewan Pemuda PAS sahaja.
“Tetapi yang itu tidak ditimbulkan,” kata beliau yang mempertahankan jawatannya buat penggal kedua tanpa cabaran hari ini.
Nasrudin yang sinonim dengan pakaian mencerminkan perwatakan kepimpinan ulama berbanding bekas-bekas penyandang jawatan itu sebelum ini berkata, beliau sedang berusaha untuk mengikis imej bahawa PAS khususnya sayap pemuda adalah “ekstrem”.
Katanya, dalam kebanyakan masa imej Dewan Pemuda PAS diburukkan oleh media dan dipaparkan bahawa PAS ini ‘sebuah parti yang ekstrem.”
“Walhal kita adalah sebuah parti yang selalu mendukung semangat toleransi, semangat keterbukaan, sedia berbincang dalam apa jua isu,” katanya dengan menekankan bahawa pihaknya juga mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti Hari Belia anjuran kerajaan baru-baru ini.
Mengenai bantahan konsert yang membawa kepada imej konservatif dan ekstrem, Nasrudin berkata, pihaknya tidak membantah setiap konsert yang diadakan di negara ini.
“Tidak, tidak. Kami tidak bantah semua konsert. Kami hanya membantah jika ada konsert yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam, cuma konsert yang menyuburkan budaya songsang.
“Itupun kami tidak membantah di hadapan stadium atau lokasi konsert diadakan sehingga ia dihentikan, tetapi hanya mengedarkan risalah mengenai soal hukum konsert dari sudut Islam... yang tidak sopan itu, kami tidak setuju,” katanya.
Kata Nasrudin, pihaknya sejak kebelakangan ini menggunakan pendekatan didikan dengan mengedar risalah, bukannya berdemonstrasi sejak kebelakangan ini.
“Kami pun faham bagi sesetengah pihak soal hiburan diperlukan, perlu berhibur, kami tidak boleh halang... kami pun ada mengadakan program silang budaya, menyambut hari-hari tertentu,” katanya lagi.
Seterusnya >>>

Pemuda PAS : Tolak Politik Perkauman, Serangan Peribadi



SHAH ALAM 2 JUN : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP) menyeru semua pencinta Islam khususnya ahli PAS dan golongan muda supaya menolak pendekatan politik kotor yang menjurus kepada sifat perkauman menebal dan serangan peribadi.

Sebaliknya budaya politik di Malaysia memerlukan anjakan paradigma ke arah budaya politik yang lebih bermoral dan berteraskan kepada ilmu yang disertakan fakta dan hujah yang lebih jujur dan telus.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyatakan budaya politik jijik yang sedang berlaku di Malaysia bukanlah sesuatu perakra yang sihat sebaliknya hanya membawa kepada kemunduran negara.

“Melalui agenda politik terancang, episod politik perkauman terus disuburkan melalui kenyataan pemimpin UMNO, laporan provokatif media perdana dan tuduhan melulu para cybertroopers upahan mereka sebagai modal Barisan Nasional dalam mempertahankan survival politik mereka,” katanya.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-52 dengan tema ‘Memimpin Kebangkitan Anak Muda’ dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Md Isa berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).

Beliau ketika menyampaikan ucapan dasar menyelar usaha mempertahankan kandungan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang bersifat menghasut dan memupuk pandangan terhadap kaum bukan Melayu yang lain.

“BTN telah diberikan peruntukan besar sebagai contoh pada tahun 2009, sebanyak RM 72juta, seringkali digunakan bukan sahaja untuk menghasut supaya membenci kaum bukan Melayu tetapi juga menyuburkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

“Kesan daripada propaganda terbabit rata- rata pemimpin Umno diperingkat nasional sehingga ke peringkat cawangan masih beranggapan kaum Cina dan India sebagai pendatang asing atau warganegara kelas kedua,” katanya.

Awal tahun ini negara dikejutkan dengan insiden pembakaran beberapa buah gereja ekoran beberapa kenyataan yang dibuat bersifat hasutan termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Selain itu kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang menghina kaum Cina sebagai menjual tubuh dan kaum India sebagai pengemis dalam ucapan Seminar 1Malaysia di Melaka.

Nasharudin menambah, apa yang lebih dikesalkan adalah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan dengan agama yang tidak bertindak di bawah peruntukan yang sedia ada dalam usaha menyekat budaya politik jijik.

“DPP mempersoalkan ke mana perginya agensi kerajaan untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam mengamalkan budaya politik sebegini ? Mengapa sehingga hari ini tiada tindakan terhadap blogger atau penulis upahan yang terlibat secara langsung dalam penyebaran video perlakuan tersebut ?

“Lebih malang lagi tiada sebarang pendakwaan Qazaf terhadap mereka yang membuat tuduhan zina dan liwat terhadap individu tertentu seperti yang tersebar di media. Mengapa mereka diam membisu sejuta bahasa? “ katanya.

Ujar beliau lagi, kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani beberapa perkara sensitif yang menyentuh beberapa perkara yang meilbatkan kaum di Malaysia membuktikan kegagalan BN dalam membawa perpaduan di Malaysia.

Perasmian Muktamar DPP kali ini dihadiri hampir 1000 orang perwakilan yang turut disertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan tetamu khas Ketua Biro Ekonomi dan Bajet Palestin, Dr. Jamal Thallab Nassar.
Seterusnya >>>

Sudah sampai masanya BN ditumbangkan


SHAH ALAM - Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh anak muda di negara ini bangkit dalam pilihan raya umum akan datang untuk menumbangkan BN.

Bercakap menyampaikan ucapan dasar malam ini, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, BN sudah tidak boleh lagi dibiarkan merosakkan negara ini.

"Slogan “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka.

"Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

"Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan “Sudah sampai masanya BN ditumbangkan," katanya.

Mengemukakan beberapa sebab kenapa BN wajib ditumbangkan, beliau berkata BN telah terbukti gagal mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga rakyat dimangsakan untuk menambah wang negara.

Ianya terbukti apabila beberapa pengumuman baru dibuat kerajaan termasuk menaikkan harga barang keperluan seperti petrol, gula dan terbaru tarif elektrik.

Akibat kegagalan pengurusan ekonomi itu juga, kerajaan semakin terdesak sehingga "memecah tabung rakyat" dan mengugut rakyat membayar saman ekor.

"Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik",tambahnya lagi.

Antara sebab lain pula, BN perlu ditumbangkan kerana menyekat demokrasi, berleluasanya penyelewengan, dan melakukan kezaliman atas nama undang-undang untuk kepentingan politik mereka.

"Kita menentang Umno bukan kerana kelemahan peribadi yang ada dalam Umno, tetapi kegagalan Umno untuk menyempurnakan amanah Allah,"katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh anak muda turun 9 Julai ini dalam himpunan Bersih 2, bagi menunjukkan signal 'anak muda menolak BN'.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-52 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dirasmikan malam ini oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Muktamar penuh akan berlangsung esok termasuk pengundian untuk perwakilan memilih barisan kepimpinan dewan itu untuk sesi 2011-2013.
Seterusnya >>>

Pemuda PAS: Kerjasama DAP, PKR tidak gadai prinsip Islam


Pemuda PAS menolak tanggapan sesetengah pihak khususnya parti lawannya bahawa kerjasama sayap itu dengan pergerakan muda dari PKR dan DAP tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip-prinsip syarie.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, ada pihak mempertikaikan hubungan “kita dengan AMK dan DAPSY sebagai tidak Islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita.”
“Suka saya tegaskan di sini bahawa kita tidak pernah merubah dasar dan prinsip perjuangan dan hubungan kita dengan AMK dan DAPSY adalah hubungan tahaaluf yang diluluskan oleh syarak, maka tidak timbul soal tidak syarie atau tidak Islamik,” kata beliau dalam ucapan dasarnnya pada muktamar sayap itu hari ini.
Nasrudin menambah, malah pemuda mesti terus ‘enggage’ dengan semua golongan dan lapisan masyarakat, turun dan mara sebagai “duta penyelamat dan kasih sayang.”
“Menyantuni dan menyertai kehidupan harian mereka dengan membawa semangat Orang Muda Geng Kita. Terutama hubungan kita dengan rakan tahaaluf iaitu Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY.
“Pastikan hubungan ini terus erat dan bersama menjana kemenangan demi kepentingan negara dan rakyat,” kata beliau pada muktamar sayap itu yang dirasmikan di Shah Alam.
Teks ucapannya diedarkan kepada media malam ini.
Sehubungan itu soal beliau, bukankah Islam mengajar “kita menentang kezaliman seperti ISA, selain menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti apa yang berlaku kepada SPR, badan kehakiman, polis dan FRU?”
Tambah beliau, “bukankah Islam mengajar kita menentang segala pembaziran seperti projek mega yang tidak menguntungkan rakyat, agihan saham hanya berlegar dikalangan kroni dan sebagainya?”
Justeru tambah beliau, Pemuda PAS bersepakat dalam perkara ini dengan AMK dan DAPSY, lalu bekerjasama, “maka di manakah yang tidak Islamik dalam perkara ini?”
“Saya harap kita tidak keliru lagi dan saya juga sebagai anggota Majlis Syura Ulama turut terlibat dalam perbahasan dan penelitian panjang mengenai perkara ini dan Majlis Syura Ulama PAS telah memutus dan meluluskan perkara ini,” katanya lagi.
“Justeru itu, kita pertahankan tahaaluf ini dengan konsep dan prinsip serta akhlak dalam bertahaaluf siasi dengan mana – mana jua pihak yang bukan dari jamaah atau parti kita.
“Dalam erti kata yang lain, marilah kita perkukuhkan Pakatan Rakyat tanpa melupakan pemerkasaan parti kita sendiri,” katanya lagi.
Seterusnya >>>

Jangan undang kematian ketiga di SPRM


KUALA LUMPUR, 10 April — Dewan Pemuda PAS pusat mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memastikan setiap siasatan ke atas suspek atau saksi dibuat secara telus supaya tiada lagi kematian — selepas nasib menimpa Teoh Beng Hock dan yang terbaru Ahmad Sarbani Mohamed.
Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata, SPRM juga perlu memberi jaminan agar semua saksi dan suspek yang disiasat selamat semasa siasatan dijalankan.
Kelmarin, SPRM mengumumkan saksi dan suspek hanya akan disoal siasat di aras bawah bangunan mereka mulai sekarang.
“Bagi menjaga nama baik SPRM, satu siasatan yang telus dan terbuka perlu dijalankan secara terperinci. Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan agar SPRM tidak terikat dengan kongkongan atau pengaruh politik mana-mana pihak.
“Sekiranya ada individu yang didapati bersalah dalam kes ini, hukuman setimpal perlu dijalankan tanpa kompromi meskipun individu tersebut adalah seorang berprofil tinggi dan SPRM juga mesti memberi jaminan agar semua saksi atau tahanan mereka selamat semasa dalam premis SPRM,” katanya dalams satu kenyataan hari ini.
Kata Nasrudin, SPRM sepatutnya mengambil iktibar atas tragedi yang menimpa Teoh, bekas pegawai DAP dan Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia dengan memberi perhatian serius terhadap keselamatan saksi ketika siasatan dijalankan.
“SPRM tidak boleh membiarkan pegawai-pegawainya lepas tangan daripada menjaga dan memantau keselamatan saksi atau tahanan.
“Selain itu, saksi atau tahanan perlu diberikan hak membela diri dan tidak dikasari atau diugut, bahkan Dewan Pemuda PAS pusat difahamkan ada saksi mendakwa mereka diseksa ketika disoal siasat SPRM,” katanya.
Jelas beliau, SPRM juga perlu terus menjaga imej dan kredibiliti agensi pencegah rasuah itu agar tidak dipersoalkan rakyat.
“Ini merupakan kejadian kedua kematian individu yang sedang disiasat dalam kawalan SPRM, sebelum ini kes yang hampir serupa berlaku kepada mendiang Teoh Beng Hock.
“Hanya dengan cara ini, SPRM mampu mengembalikan keyakinan rakyat, jika tidak selamanya rakyat meletakkan persepsi bahawa SPRM tidak bebas kongkongan parti pemerintah.
“Lebih dari itu, rakyat ketakutan apabila dipanggil memberikan keterangan atau disoal siasat dalam premis SPRM,” katanya.
Tambah Nasrudin, pihaknya mendesak agar kerajaan membuat siasatan rapi dan menyeluruh bagi mencari punca sebenar tragedi yang membabitkan Ahmad Sarbani.
“Dewan Pemuda PAS pusat berharap agar kematian beliau (Ahmad Sarbani) dapat diberikan pembelaan dan keadilan yang sewajarnya,” katanya lagi.
Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.
Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B.
Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
Seterusnya >>>