1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini
dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan
syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan
tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil
tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.
2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:
• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan
seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya
kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai
punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam
menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan
global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.
3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:
• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”
4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake
hands with the people. I have received complaints about this. She like
Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can
accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat
tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala)
seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh
terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”
5.
Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di
Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama
bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti
Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan
wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap
dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10
tahun.(tidak maju)
6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang
itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah
kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
7.
“MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek
23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri
Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud
tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada
realiti”
8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai
tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor .
Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri
Selangor bertarikh 18 Ogos 2012
9. Ng Kiam Nam seorang peguam
dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di
Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat
Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.
10. Pada 16
Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato'
Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis
Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja
di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu
mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia.
(sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif
kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)
11.
Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya
bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua
agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan
negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS
mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah
satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.
12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan
tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat
terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes
daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan.
(The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis
penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your
taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai
dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod
Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup
aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.
14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh
UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap
pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan
syariatnya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
.
0 Komen pengunjong :