Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tiada tempat untuk ego Menteri dalam soal keselamatan rakyat




Sejak akhir-akhir ini, suhu politik di Malaysia bukan sahaja hangat dan panas tetapi sudah sampai ke satu tahap yang mendatangkan bahaya secara fizikal. Buktinya kes serangan ke atas konvoi dan bas Merdeka Rakyat oleh PKR serta serangan terbaru ke atas ibu pejabat DAP Pulau Pinang serta beberapa pejabat ADUN DAP.
Ini adalah manifestasi budaya ganas dan merbahaya yang dibentuk oleh satu fenomena yang mana terdesaknya suatu kumpulan politik dalam mengekalkan kuasanya.
Sebelum ini keganasan diseludup masuk didalam perhimpunan aman seperti Bersih 3.0. Pada masa itu keganasan ini cuba ditimpakan ke atas Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang pro kepada PR. Tetapi kini semua sudah terserlah.
Aktiviti ganas ini tidak dapat lagi disembunyikan dalam program PR, sebaliknya aktiviti ganas ini dilakukan secara sistematik. Ini memberi indikasi bahawa wujud konspirasi disebalik semua aktiviti serangan tersebut. Justeru, siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan?
Jika UMNO BN benar-benar menolak budaya politik ganas, seharusnya pemimpin-pemimpin mereka mengutuk semua bentuk serangan ini dan Menteri yang bertanggungjawab haruslah menunjukan azam politik yang kuat menerusi pihak berkuasa (kementerian) untuk bertindak membendung dan melindungi pihak-pihak yang menjadi mangsa agar kejadian ini tidak berulang lagi.
Serangan-serangan ini bukan soal perdebatan atau perbezaan pendapat antara kuasa politik tetapi ia adalah tindakan jenayah fizikal. Seharusnya kerajaan BN mengambil sikap neutral dalam hal jenayah.
Jenayah adalah soal moral, soal keselamatan batang tubuh dan soal kerugian harta benda. Ia harus dilihat sebagai persoalan sejagat – kemanusiaan. Kita yakin dengan polis untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan tulus ikhlas dan neutral.
Sekurang-kurangnya selepas ini, tidak ada lagi menteri yang angkuh dengan kuasa dan kedudukannya dengan mengatakan ‘tiada jaminan keselamatan’ untuk Pakatan Rakyat.
Ingat Pak Menteri, kedudukan kamu ditentukan oleh kuasa rakyat, bukan ego kamu.

– /Roketkini.com
.

0 Komen pengunjong :