Pilihan raya berasingan: SPR cari alasan bantah


KUALA LUMPUR: Sikap Suruhjaya Pilihan Raya yang cuba mencari alasan untuk tidak menyokong pilihan raya berasingan antara Pusat dengan Selangor mendapat bantahan dari PAS.

"Apabila dia rasa ia baik untuk Umno dan BN dia sokong dan senyap tetapi bila rasa susah untuk Umno dan BN, dia beri alasan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau mengulas kenyataan SPR yang memberikan alasan perbelanjaan akan meningkat sehingga RM50 juta jika pilihan raya umum diadakan berasingan.
Namun begitu, SPR tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu.
Semalam, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil ketetapan bersetuju agar Selangor mengadakan mesyuarat berasingan dengan Pusat.

"Semasa BN memutuskan ada pilihan raya berasingan di Kelantan pada tahun 1978, SPR tidak kata apa dan bersetuju.

"Ini kerana, ia kehendak Umno dan BN ketika itu.

"Tetapi apabila ia bukan kehendak Umno dan BN, SPR beri macam-macam alasan," kata Mustafa.

BN telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan pada tahun 1978 dan mengadakan pilihan raya untuk DUN Kelantan saja pada bulan Mac 1978.

Selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS jatuh melalui pilihan raya itu, pilihan raya umum pula diadakan pada Julai 1978.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.
"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan.
.

2 comments :

  1. spr memang anjing buruan umno

    ReplyDelete
  2. tu la dia melayu...emosional x bertempat...dia kan hanya bgtau psl kos yg terbabit jer...bkn dia kata x boleh. lainla klu dia menipu jumlah sebenar. tapi oleh kerana hati tu dipenuhi perasaan benci....xleh nak beza dah antara taktik dan strategi.

    ReplyDelete