Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Langat 2, Biadab TIdak Hormat Hak Negeri


Tindakan kerajaan Pusat hendak membina loji Rawatan Air Langat 2 adalah tindakan biadab yang tidak menghormati hak negeri yang jelas terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanah, air, hasil hutan, adalah hak negeri, ini satu pencerobohan.
Kenapa projek ini hendak diteruskan juga? Bukankah kerajaan Selangor sudah membuktikan dengan fakta, Selangor sudah cukup air melalui kajian pasukan khas yang terdiri daripada pakar. Masalah yang berlaku ialah kegagalan Syabas merawat air dan mengurangkan masalah kebocoran ‘non revenue water’ daripada 30 peratus kepada 15 peratus sehingga tidak sampai kepada pengguna.
Kerajaan Selangor yang pro rakyat tidak mahu membazir wang rakyat sebanyak RM12 bilion untuk Langat 2, sedangkan jika masalah ini diselesaikan dengan baik hanya memerlukan RM225 juta sahaja dengan membaik pulih pasarana yang sedia ada.
Sebelum ini pun pemimpin Kerajaan BN yang tidak boleh menerima kekalahan di peringkat negeri telah menubuhkan pejabat Persekutuan untuk memastikan jerong-jerong BN tidak kelaparan di negeri Pakatan Rakyat. Ini semua membazir jutaan ringgit setiap bulan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Semua maklum bagaimana kerajaan pusat mengarahkan agensi pusat jangan bagi kerjasama dengan kerajaan PR. Royalti di Kelantan dirompak.
Pembinaan Loji Langat 2 satu perkara yang tidak boleh diterima oleh kerajaan yang bertamaddun tanpa restu daripada kerajaan negeri. Ini adalah undang-undang rimba. Perbadanan Aset Air Berhad telah menjual 15 naskhah dokumen tender dengan harga RM10,000 satu, walaupun tanpa restu kerajaan negeri. JIka berlaku masalah nanti ketika hendak masuk ke tapak projek yang dikuasai oleh pihak berkuasa negeri maka mereka akan menuduh kerajaan negeri kianat kepada rakyat. Pada hal kerajaan pusat yang ceroboh hak negeri.
Pemimpin BN jangan marah kalau rakyat melanggar undang-undang kerana gurunya ialah Umno. Umno belajarlah jadi orang kalah, hormatlah undang-undang.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
.

0 Komen pengunjong :