Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib hina Raja Melayu untuk serang Pembangkang - Mahfuz


KUALA LUMPUR 3 September – Perdana Menteri mempersenda institusi Raja Melayu apabila menuduh Pakatan Rakyat membelakangkan Sultan Selangor dalam majlis sambutan ambang merdeka peringkat negeri Khamis lepas.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak itu kerana mengheret Raja-raja Melayu untuk menyerang Pembangkang.
Beliau mempersoalkan kerajaan Umno BN kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah apabila tidak menjemput baginda ke Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Sebaliknya, perhimpunan itu hanya dihadiri Najib dan barisan pimpinan politik Umno BN.
“Kenapa mereka hanya jemput Tuanku ke upacara perbarisan dan tidak ke perhimpunan besar-besaran itu? Majlis yang lebih kecil, mereka panggil Tuanku, tapi majlis besar-besaran mereka guna untuk cari pengaruh politik.
“Saya boleh katakan itu adalah satu penghinaan kepada Sultan saya di Kedah,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia Sabtu lalu melaporkan kenyataan Najib yang menuduh kerajaan Selangor tidak menghormati institusi diraja dengan mengenepikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu.
Mahfuz berkata, isu membelakangkan institusi diraja tidak harus timbul kerana sambutan ambang kemerdekaan di kebanyakan negeri sebelum ini sememangnya tidak disertai Sultan masing-masing.
“Sultan setiap negeri hanya hadir ke upacara perbarisan peringkat negeri pada keesokan harinya,” jelas beliau ketika dihubungi.
Mahfuz berkata, tuduhan tersebut merupakan talian hayat Umno BN meraih sokongan rakyat dengan memainkan sentimen Raja-raja Melayu.
Mengulas perkara ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mematuhi setiap prosedur dalam menganjurkan majlis itu.
“(Kerajaan negeri) adakan perjumpaan dengan Sultan Selangor setiap hari Rabu untuk maklumkan segala program yang diadakan termasuk sambutan ambang kemerdekaan.
“Menjadi amalan biasa untuk menjemput Sultan Selangor berangkat hanya ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat…dan bukannya sambutan ambang kemerdekaan,” kata Khalid.
.

0 Komen pengunjong :