Mendiamkan diri dan tidak ambil peduli bagi mufti UMNO-BN adalah
suatu kebiasaan di negara ini. Mereka hanya akan menerima arahan dari
ketua politik sahaja.
Namun, merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan
memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi,
hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap
masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap
hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri
tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka.
Walaupun begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri.
Mereka malah menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan
teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan
yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan
korup dan kesalahan ketua mereka.
Kehilangan penghormatan dan kredibiliti
Contohnya, dalam kes dimana Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana meggunakan
wang zakat yang disepatutnya diberi kepada golongan miskin untuk
membayar yuran guamannya. Ketua ulama UMNO Ustaz Mohd. Fathul Bari
merupakan satu contoh ulama yang sering mempertahankan bos-bosnya
walaupun sebenarnya dia perlu menegur mereka.
Tidak hairanlah jika orang Islam di Negara ini marah dan berpaling
kepada PAS dan PKR untuk mencari penyelesaian yang lebih bersih. Setelah
5 dekad mendiamkan diri, Mufti yang dilantik oleh UMNO tidak pernah
menyerlah. Masa hadapannya tidak menentu dan mungkin juga akan menjadi
seperti Greece jika UMNO-BN masih membazirkan dana Negara dengan projek
mega yang terlampau mahal.
Islam tidak menganjurkan kesombongan
Satu lagi contoh diman UMNO-BN telah menggunakan alim ulama adalah
dalam kes terbaru melibatkan Mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad.
Setelah beberapa tahun mendiamkan diri, dia telah membuka mulutnya
baru-baru ini dengan bercakap demi Islam, dia telah meminta Karpal Singh
untuk “memberhentikan semua kritikan dan fitnah” terhadap implimentasi
hudud “kerana ini telah menyebabkan kekeliruan terhadap beberapa parti.”
Betapa bodohnya Baderudin? Karpal berhak untuk mengkritik dan
menyuarakan pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan
kebajikan orang bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti
bahawa Islam tidak membenarkan bukan Islam mengkritik Islam? Baderudin
sebagai seorang tokoh agama sudah pasti tahu bahawa Islam adalah untuk
semua dan semua berhak untuk menyoal, mendapat tahu, memberi pendapat
dan mengkritik kerana ia adalah hak mereka dan ini mencerminkan diri
mereka yang tidak tahu dan mahukan pemahaman.
Ia adalah tanggungjawab ilmuwan Agama seperti Baderudin untuk
menerangkan dan tidak meminta orang bukan Islam untuk menutup mulut
mereka! Islam tidak memerintahkan umatnya untuk menjadi sombong, jadi,
janganlah memberi malu kepada Islam.
Pengkritik bertanya dengan menyuruh Karpal diam, Baderudin telah
mengambil jalan mudah keluar. Ia, memang ia berkaitan dengan wang.
Bilakah sikap ini dikalangan alim ulama dan mufti akan berubah?
Dimanakah keikhlasan dan iman mereka? Mereka patut berubah sebelum
rakyat mengubah mereka.
PAS tidak mampu lakukan seorang diri
Baderudin juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama
rasmi. Dia berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas
hal berkaitan Islam.
Namun, Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi
kenyataan dan titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang
seperti Baderudin, yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan
bertanggungjawab, tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia
tidak mengamalkan Islam dengan sepenuh hati.
Patutlah pemimpin UMNO yang mengaku melakukan sesuatu untuk “Ugama, Bangsa dan Negara” begitu korup dan berterusan begitu.
Bagi hukum hudud pula, Baderudin harus faham bahawa ia adalah
tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempertahankan Islam dan PAS tidak
boleh melakukannya sendirian. Seperti yang dikatakan oleh bekas mufti
Perlis, Dr Mohd Asri, enakmen hudud Kelantan juga tidak komprehensif dan
perlu penambahbaikan.
Malah, ia akan memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan ramai lagi
untuk betul-betul mengimplimentasikan hudud- jika ia akan dapat
dilaksanakan. Dengan ketakutan yang sedia ada pada hukum hudud seperti
pancung dan pemotongan tangan dan kaki, sikap sombong alim ulama seperti
Baderudin tidak akan membantu orang bukan Islam dan orang Islam itu
sendiri untuk memahami hukum yang kontroversi ini.
Rahmat pada semua
Hudud tidak sepatutnya dilaksanakan ke atas bukan Islam dan tidak
patut mempunyai implikasi negatif terhadap hidup mereka. Hudud
sepatutnya menjadi rahmat kepada semua- dan bukan untuk orang Islam yang
alim sahaja. Bagaimanakah kita sebagai Negara pelbagai agama dan bangsa
mencapai matlamat dimana semua pihak boleh berpuas hati dan kemahuan
mereka dituruti.
Sudah pasti, ia akan dapat dicapai melalui kebijaksanaan dan
perbincangan yang jujur. Dan bagi itu, mereka yang tidak mahukan hudud
sepatutnya faham dan turun ke bawah untuk memahami dengan lanjut. Kita
semua mempunyai hak-begitu juga dengan sayap agama- mereka juga berhak.
Kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk amal maaruf
nahi mungkar, mereka seperti Baderudin- kerana dia tidak ada memberi
sumbangan agar persefahaman diantara orang Islam dan bukan Islam wujud,
sepatutnya menutup mulut sahaja. Jangan bangga akan kelayakan agama anda
jika tidak boleh mengikut ajaran Islam yang mahukan umatnya berani,
adil dan menentang korupsi.
Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN.
.
0 Komen pengunjong :