Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN: Bongkar insiden mata lebam 20 September


KUALA LUMPUR 20 September: Sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno-BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 20 September 1998, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” katanya merujuk insiden mata lebam melibatkan Anwar ketika dalam tahanan polis.
Katanya, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA.
“Pegawai tertinggi Polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.
Pada malam 20 September 1998, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas Polis yang menerima arahan kerajaan Umno-BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno-BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.
Katanya lagi, Umno-BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah 2.
“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat dibawah Umno-BN.
“Ia takkan selesai, sehinggalah penglibatan Umno-BN dibongkar dan didedahkan, manakala langkah-langkah reformasi dikembalikan ke tempatnya,” tegasnya.
.

0 Komen pengunjong :