Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Buka kes Fitnah II, Najib tiru Mubarak, Stalin


KUALA LUMPUR 9 September : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  terus mempengaruhi dan menyalahguna proses undang-undang  untuk memenjarakan semula ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Najib mengikut jejak langkah serupa seperti dilakukan diktator Rusia, Stalin dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
“Tindakan ini dikutuk organisasi dan individu penting di seluruh dunia. Tujuan konspirasi jenayah ini untuk menghentikan perjuangan reformasi Anwar Ibrahim dan menghalang Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya.
“Najib mengikuti jejak langkah Stalin dan Mubarak menggunakan sistem undang-undang untuk menumpaskan lawan politik,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas permohonan kerajaan terhadap pembebasan tuduhan Anwar dalam kes Fitnah II pada 7 September 2012 di Mahkamah Rayuan.
Peguam Negara, Gani Patail pada 11 Januari 2012 memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah bagi membolehkan pihakmya memperolehi penghakiman bertulis hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.
Namun, pada 20 Januari 2012, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu melalui peguamnya, Tetuan Zamri Idrus & Co.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan pandangan peguam kanan, V Sithambaram yang pernah mewakili jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam, Hanif Basree Abdul Rahman dalam kes pembunuhan Noritta Samsudin bahawa pengadu, Saiful tidak boleh memfailkan apa-apa permohonan semakan kehakiman bagi memaksa pihak pendakwaan membuat rayuan.
Justeru, kata Surendran, tindakan Peguam Negara diselar kerana meneruskan permohonan tanpa asas untuk kepentingan Umno-BN.
“Keseluruhan kes Fitnah II adalah tuduhan ganas dan rekayasa yang dipentaskan Umno-BN dengan persekongkolan pimpinan tertinggi Polis.
“Najib meneruskan tradisi jenayah dan memalukan Umno-BN, menganiaya dan memenjara lawan politik, berbanding melakukan debat politik.
“Kami menyeru Najib, Umno-BN dan Peguam Negara untuk segera menggugurkan permohonan Fitnah II dan menghentikan manipulasi jenayah undang-undang terhadap pembangkang,” tegasnya.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
.

0 Komen pengunjong :