Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selepas keluarkan fatwa ‘haram sokong DAP’, guru pondok dapat habuan ?


TUMPAT : Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, yang telah mengeluarkan ‘fatwa’ mengharamkan orang Islam  menyokong DAP, telah menerima sumbangan daripada kerajaan persekutuan UMNO-BN bernilai RM2 juta.
Guru pondok tersebut yang juga sering berceramah di pentas UMNO telah menerima replika cek yang disampaikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed, di dalam satu majlis yang berlangsung di pondok itu di sini semalam.
Mustapa memuat naik gambar penyerahan cek tersebut ke laman Facebooknya, dan menerangkan bahawa beliau “melawat pondok Hj Abdullah untuk sampaikan sumbangan RM 2 juta. 4 bulan lalu Tan Sri Muhyiddin lawat dan janji akan bantu.”
Wang tersebut disumbangkan melalui Jawatankuasa Projek-projek Khas (JPPK) Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Replika cek tersebut menamakan ‘Tetuan Pondok An Najmiah’ sebagai penerima sumbangan terbabit.
Abdullah Sa’amah telah dipetik laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 8 Ogos sebagai berkata adalah haram bagi umat Islam untuk menyokong DAP kerana parti tersebut menolak hukum hudud dan negara Islam. ‘Fatwa’ beliau telah direstui oleh Utusan sebagai lidah rasmi UMNO.
Beliau malah mem’fatwa’kan bahawa DAP adalah golongan kafir harbi kerana menolak hukum tersebut.
Beliau dan Utusan bagaimanapun mendiamkan diri tentang kempen MCA yang meghina dan memburukkan hukum hudud, termasuk kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mendakwa bahawa hudud adalah hukum yang kejam serta memundurkan negara dan menakutkan pelabur asing.

–/ Roketkini.com
.

0 Komen pengunjong :