Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Nasharuddin Mat Isa patut berani berdepan Majlis Syura'

NONENaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa patut berani berdepan dan berhujah dengan Majlis Syura jika tidak setuju dengan hubungan PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain.

"Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka?

"Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?" sindir ahli parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharuddin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia.Nasharuddin salah seorang anggota Majlis Syura PAS, badan tertinggi pembuat dasar yang diketuai oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura PAS terbuka dan sedia mendengar pandangan ahlinya sekali pun tetap dengan keputusan bersama Pakatan.

"Amat malang, beliau (Nasharuddin) sebagai ahli Majlis Syura tiba-tiba tidak boleh berhujah dalam mesyuarat, (kerana) tidak hadir dalam mesyuarat," katanya.

Setiausaha agung 'pantau' perkembangan
Mahfuz berkata, memandangkan PAS telah menyatakan pendirian untuk bersama Pakatan, maka tiba giliran Nasharuddin untuk menyatakan "prinsipnya" terhadap keputusan itu.

Ditanya sama ada Nasharuddin patut keluar PAS, Mahfuz berkata:

"Terpulang kepadanya nak terima prinsip PAS atau apa-apa yang dia nak putuskan. Dia kena beritahu".

Mahfuz juga yakin tindakan Nasharuddin yang memberi kenyataan tidak menguntungkan parti itu tidak memberi kesan kepada akar umbi.

"Saya yakin akar umbi ada kebijaksanaan (untuk menilai). Saya tidak nampak memberi kesan atau mempengaruhi akar umbi," katanya.

Dengan nada sinis, Mahfuz juga bertanya sama ada Nasharuddin berani menggesa Umno keluar daripada BN setelah MCA juga menentang hudud.

"Adakah beliau berani buat begitu suruh Umn keluar BN kerana MCA tentang hudud. MCA kata ADUN dekat Johor hilang akal," katanya sambil ketawa sinis.

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali (atas) ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Nasharuddin itu kerana "sedang mengikuti perkembangan".
.

0 Komen pengunjong :