Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mazlan : Mengapa Pengarah Besar Felda Diganti?


SHAH ALAM : Aktivis Felda Mazlan Aliman hari ini mempertikaikan penggantian Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dengan seorang pegawai yang dikatakan terlalu “junior” untuk jawatan itu.
Mazlan mendakwa Faizoull Ahmad yang menggantikan Dzulkifli adalah orang kepercayaan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini hanya berjawatan gred N54.
“Sedangkan ada orang yang lebih senior daripada beliau. Sepatutnya, Faizoul ke gred Jusa C dahulu sebelum naik ke gred Turus 3,” kata Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Mazlan berkata Dzulkifli akan disingkirkan dari terus memegang jawatan itu berkuatkuasa 1 September depan.
Perkara tersebut didedahkan oleh Mazlan berdasarkan sumber dalaman Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Felda pagi tadi.
“Datuk Dzul akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali,”jelas Mazlan dipetik daripada akuan Facebooknya.
Pendedahan terperinci berhubung perkara ini akan didedahkan dalam satu sidang media 30 ogos ini.
.

0 Komen pengunjong :