Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kelab Umno: Satu lagi kaedah hukum mahasiswa

Kelab Umno: Satu lagi kaedah hukum mahasiswaKUALA LUMPUR- “Tidak ada apa yang baru dan menghairankan. Sebenarnya Umno telah lama campur tangan secara langsung terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya kampus,” kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan .
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan menubuhkan Kelab Umno atau penyokong Umno di kampus IPT.
Katanya, telah didedahkan sebelum ini penglibatan menteri secara langsung mencatur strategi politik mahasiswa pro Umno (pro Aspirasi) dan melibatkan pihak Hal Ehwal Pelajar/mahasiswa kampus IPTA yang berfungsi sebagai suruhanjaya pilihan raya kampus.
Bahkan, ujar beliau sebahagian daripada siri pertemuan ini diadakan di Menara Datuk Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia.
Terbaru, tambahnya Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri dikatakan diberi tanggungjawab untuk memenangkan Umno dalam pilihan raya kampus 2012.
“Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berkaitan komplot ini, Umno hanya buat pekak badak seolah-olah mengiyakan apa yang didakwa,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pun begitu, katab Nasrudin golongan pro Aspirasi tetap gagal menawan kampus-kampus IPT perdana seperti UM, UKM, UIAM dan sebagainya.
Katanya, ini membuktikan walaupun ditekan hebat oleh HEP dan Umno, golongan mahasiswa tetap menolak calon-calon tajaan Umno kerana muak dengan politik sempit parti itu.
Pihak Pemuda PAS, jelas beliau sejak awal telah berpandangan bahawa mahasiswa dan dunia academia perlu diberi ruang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja berasaskan kepada tuntutan ilmu dan kebebasan akademik (academic freedom) termasuk dalam aktiviti berpolitik.
“Selagi ruang yang luas dan segar tidak diwujudkan, Pemuda PAS melihat bahawa penubuhan Kelab Umno kampus adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut,” ujarnya lagi.
.

0 Komen pengunjong :