KUALA LUMPUR - Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang
mahu memfailkan saman malu ke atas produser eksekutif filem
kontroversi, “Tanda Putera”, Aida Fitri Buyong.
Pemimpin veteran DAP itu melalui kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider berkata, peguamnya akan menguruskan urusan ini dalam masa terdekat.
“Tuduhan
Aida terhadap saya bahawa saya ‘mudah terasa’ apabila gambar saya
disiarkan di laman sosial Facebook dengan kapsyen menuduh saya kencing
di tiang bendera negeri Selangor di hadapan rumah menteri besar, dan
mencetuskan 13 Mei adalah berunsur fitnah, dan membinasakan.
“Mengapakah seluruh produksi filem ini, termasuk pengarah Datin
Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah eksekutif boleh menerima penipuan
ini?” katanya lagi.
Aida mendakwa bahawa fakta tentang adegan filem selama sepuluh minit dalam durasi 115 minit filem tersebut adalah benar.
Awal tahun ini laman sosial “Tanda Putera” telah memaparkan gambar
Lim “dikasari” dengan kapsyen mendakwa ianya diambil selepas beliau
kencing di tiang bendera kediaman menteri besar Selangor di Kuala Lumpur
sejurus sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.
Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan bulan lalu setelah krew produksi filem berkenaan telah menerima ugutan dan ancaman.
Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, produser
Persona Pictures Sdn Bhd itu berkata Lim Kit Siang ‘mudah terasa’
terhadap penyiaran gambar yang menimbulkan kritikal terhadap pemimpin
DAP itu.
“Kenapa beliau mudah terasa?
“Semua gambar itu boleh didapati dengan mudah di internet,” kata Aida Fitri Buyong kepada The Malaysian Insider.
Lim Kit Siang berkata, gambar di Facebook rasmi “Tanda Putera” itu
tertulis kapsyen yang bertulis “Lim Kit Siang telah kencing di bawah
tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor
ketika itu, Harun Idris” adalah tidak benar dan memalukannya di khalayak
ramai.
“Oleh itu, peguam saya akan memfailkan saman ke atas produser
eksekutif ‘Tanda Putera’ kerana memalukan saya dalam Facebook rasmi
mereka,” katanya lagi.
.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
3 months ago
saman jangan tak saman YB, bagi mereka semua tatak boleh tido ooooo......olang cakap tido tatak kenyang, mandi tatak lena, makan tatak basah
ReplyDelete