SHAH ALAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak menyiasat
dakwaan Pakatan Rakyat (Pakatan) bahawa wujud satu rancangan intimidasi
yang bertujuan menafikan hak rakyat berpolitik di negara ini.
Ini kerana dari Februari tahun ini sehingga kini, terdapat 11
kejadian intimidasi, keganasan dan kekerasan terhadap pemimpin, aktivis
dan program Pakatan di seluruh negara.
Terbaru, Pengerusi Little India Joint Action Committee, S
Pathavachalam menerima satu ugutan bunuh berbaur politik pada 16 Ogos
lalu oleh seseorang bernama “Suddukattu Ravi”.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa individu tersebut
mengugut untuk membunuh Pathavachalam kerana mempersoalkan projek
pembangunan semula IPD Brickfields, Kuala Lumpur.
“Walaupun laporan polis dibuat, beliau telah menerima panggilan kedua
dari individu yang sama mengulangi ugutan bunuh tersebut serta
mengatakan tiada gunanya beliau membuat laporan kerana ‘polis dan
kerajaan dalam tangan saya’,” kata Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian di dalam satu memorandum yang diserahkan
kepada pejabat Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya di sini semalam.
Memorandum itu dihantar oleh Nurul Izzah, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan ahli majlis pimpinan pusat PKR, Sivarasa Rasiah.
“Kami memohon agar KDN menyiasat jika wujud satu perancangan
sistematik intimidasi politik melalui insiden-insiden keganasan politik
ini,” Nurul Izzah berkata.
Memorandum itu juga mendesak agar orang awam seperti Pathavachalam
serta ahli-ahli keluarga mereka dilindungi dari ugutan hanya kerana
berbeza pandangan politik.
Antara insiden yang disenaraikan memorandum itu ialah :
1) tindakan membaling batu, telur dan botol air mineral ke para
hadirin dalam program ceramah perdana PKR Lembah Pantai yang berlangsung
pada 24 Mei di PPR Pantai Permai, Pantai Dalam.
2) serangan batu dan telur ke atas program “hi-tea” anjuran dua ADUN
DAP dan pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan di
Merlimau, Melaka pada 19 Mei.
3) serangan terhadap rombongan Naib Presiden PKR, N. Surendren ke
Pejabat Perdana Menteri pada 2 Mei, Putrajaya yang mengakibatkan seorang
ahli PKR, Murali mengalami kecederaan.
4) serangan terhadap dua ahli DAP iaitu Ganabatirao dan Raidu di
Taman Mutiara, Jalan Meru, Klang pada 30 Mei yang mengakibatkan mereka
dimasukkan ke hospital kerana mengalami tulang retak, hidung dan tangan
patah.
5) ugutan kekerasan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
serta serangan ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh oleh
ahli-ahli Umno dan Perkasa sewaktu perhimpunan anti-Lynas di Padang
Kota, Pulau Pinang pada 26 Feb.
.
0 Komen pengunjong :