Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dokumen buktikan George Kent bohong : Rafizi

azlan

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan untuk projek sambungan LRT Ampang.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, dalam surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales -  "gagal dalam penilaian kewangan".

Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan mendapati George Kent tidak memenuhi syarat-syarat kontrak, kata Rafizi.

Sementara itu, Pengarah eksekutifn George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook dalam kenyataannya petang ini tetap berpegang pada pendiriannya bahawa mereka yakin 100 peratus projek itu akan diselesaikan berdasarkan kos dan tempoh ditetapkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas gesaan yang mahu maklumat kerajaan berkaitan tender itu didedahkan kerana tidak terlibat dengan proses kerahsiaan kerajaan dan dokumennya.

"George Kent ingin menegaskan pihaknya sedang menumpukan sepenuhnya usaha untuk menyiapkan projek itu menurut tahap ketelusan dan urus tadbir yang diharapkan daripada sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.
.

0 Komen pengunjong :