Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tak pernah puas rompak harta rakyat – Anwar


SHAH ALAM : Pimpinan Umno BN tidak pernah puas merompak harta rakyat walaupun kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Adakah ia memberi pengajaran kepada Umno? Tidak ada! Selepas tewas, makin teruk mereka rompak…Projek NFC (National Feedlot Corporation) bernilai RM250 juta pun dia sapu,” katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin pada ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, sepanjang 50 tahun memerintah, Umno BN ghairah membolot duit rakyat untuk diberikan kepada keluarga tetapi tidak pernah memikirkan masalah rakyat yang berpendapatan rendah.
Beliau memberi contoh skandal NFC apabila anak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dibayar gaji sehingga RM30,000 sedangkan rakyat hanya berpendapatan RM900 sebulan.
“Anak kita kerja kilang gaji RM900. Pakatan Rakyat nak beri gaji minima RM1,100 sebulan, dia (kerajaan) kata bankrap…Anak kamu kerja dapat gaji RM30,000 sebulan, tak bankrap pulak…,” tempelak Anwar.
Anwar turut menyelar pemimpin BN merompak permit teksi untuk diberikan kepada keluarga menteri dan kroni mereka.
Keadaan itu katanya, memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.
“Ketua Umno Bahagian dapat 250 permit, bekas menteri yang dah tua dapat 15 hingga 30 permit. Ketua Umno Pemuda Umno semua dapat permit.
“Pemandu teksi kerja teruk…Mana ada pemandu teksi yang kaya, yang kaya adalah kroni Umno. Sebab itu kalau kita memerintah, kita janji beri permit untuk bantu dia,” katanya.
Hadir sama, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Serdang; Teo Ni Ching dan Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Arif Sabri.
.

0 Komen pengunjong :