Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dana RM100 juta untuk belia gula2 politik Najib

KUALA LUMPUR : Dana RM100 juta yang diumum kepada belia hanya sekadar gula-gula politik kerajaan dan ia tidak mampu mengurang beban ekonomi golongan itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata, orang muda mahu kerajaan menumpukan isu utama iaitu menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi.
“Apa yang Pakatan Rakyat boleh berikan? Kita janji untuk turunkan harga minyak. Kita juga janji berikan pendidikan percuma, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan meningkatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.
“Perkara-perkara asas ini tidak mampu dilakukan Umno BN. Tetapi perkara inilah yang orang muda mahu kerana dapat mengurangkan bebanan hidup,” katanya dihubungi.
Beliau berkata, pengumuman itu tidak lebih gula-gula politik Najib untuk meraih sokongan belia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Namun beliau yakin, golongan muda tidak akan terpengaruh dengan ‘bantuan segera’ sebaliknya akan berbalik kepada persoalan asas iaitu menyelesaikan masalah ekonomi.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dana RM100 juta bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) kononnya untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia.
Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M) itu akan diuruskan satu pasukan tugas khas dengan pentadbiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.
.

1 comment :

  1. Dana banyak diberi pun tak guna, bukan buta-buta akan dapat RM100 juta.... janji cek kosong Najib sahaja semata-mata. Sedangkan projek kerajaan pun kalau 10 projek diluluskan, hanya 1 sahaja akan dilaksanakan kerana kerajaan kekurangan dana sebab Najib boros sangat.

    ReplyDelete