
“Nama sahaja ditukar, tetapi kesannya tetap sama keras,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
“Saya tak setuju dengan penggubalan akta tersebut, ia juga akan bersifat selektif, kelompok atau kumpulan pro Umno yang mengeluarkan kenyataan rasis, menyerang orang lain pasti dibiarkan, tapi kalau mengkritik kerajaan diambil tindakan,” katanya.
Menurut Anwar, persoalan asas ialah sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak undang-undang yang menindas dan bersifat zalim.
“Kalau betul dia menolak, maka tak perlu ubah atau gantikan undang-undang baru yang sama fungsinya iaitu, mansuhkan saja,” tegas beliau.
Anwar mengulas pengumuman Najib minggu lepas yang memansuhkan Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang kononnya membolehkan lebih banyak ruang untuk mengkritik kerajaan.
Beliau turut mengulas isu pemilihan tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini iaitu, ‘Janji Ditepati’.
“Itu adalah percubaan terakhir Umno untuk berpaut sebelum terjatuh,” katanya.
.
0 Komen pengunjong :