Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Peningkatan kes jenayah: KPN dicabar letak jawatan


KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dicabar meletak jawatan jika sanggup berkompromi melibatkan kes jenayah, kata Pengerusi Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat KEADILAN, S Manikavasagam.
“Semua tempat sekarang banyak kes jenayah, walaupun kejadian di pasaraya masih baru, ini menunjukkan kadar jenayah sudah tidak terkawal.
“Kes berlaku sebab polis tidak menjalankan tugas mereka, banyak yang tahu ambil rasuah. Saya cabar Ketua dan Timbalan Polis Negara letak jawatan. Kalau tak mahu buat kerja, lebih baik berhenti sahaja,” katanya dihubungi.
Beliau mengulas kenyataan Ismail yang menyalahkan media kerana melaporkan jenayah di pusat membeli-belah berlebihan sehingga kelihatan serius.
Katanya, akibat kongkongan Umno BN, polis tidak tahu membezakan tugas mereka sehingga sanggup membiarkan kes jenayah berleluasa.
“Polis tidak pernah ambil tindakan jika rakyat buat laporan, mereka hanya tumpu untuk menjaga ahli politik Pembangkang.
“Ini yang berlaku di negara kita. Penjenayah dibiarkan tanpa pengawasan, tapi rakyat yang mahukan keamanan negara pula ditangkap mereka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapar.
Terdahulu, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dilapor berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
Beliau yang berkhidmat empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak 2006 hingga 2010 turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
.

1 comment :

  1. 1. ceo dijabatan2 kerajaan dipanggil ketua pengarah, pdrm depa pakai kpn atau igp & atm dipanggil ketua turus angkatan tentera. hanya igp saja bila sampai masa pencen disambung kontrek kalau tak silap bermula dari rahim noor. ada ceo lain ka yg macam ni? kenapa kena bagi kontrek? 2. depa ni dok sebok kumpul harta rampasan perang & bila dah pencen korek harta karun & kutuk kerajaan tapi tak ramai, ada jugak yg baik tapi jaraanng jaraanng!

    ReplyDelete