KUALA LUMPUR, 18 Julai — Umno baru-baru ini mula mengorak langkah dan
mula merapatkan diri dengan pimpinan politik tertinggi Indonesia.
Walaupun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi popular di Jakarta, apabila dia duduk bersama Susilo Bambang
Yudhoyono serta pemimpin-pemimpin Asia lain dalam forum serantau di
Jakarta semalam.
Anwar
bersama dengan Yudhoyono dan hampir kesemua menteri Kabinetnya yang
datang untuk menghadiri Strategic Review Forum dan pelancaran jurnal Strategic Review.
Jurnal itu ditulis oleh bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda
dan dibantu oleh Menteri Perdagangan Indonesia Gita Wirjawan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini
berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam
harinya ke republik itu awal bulan ini. Semasa lawatan itu, Timbalan
Presiden Umno itu bersama dengan pegawainya bertemu dengan pemimpin dari
tiga parti terbesar di Indonesia - pengerusi Golkar Aburizal Bakrie,
pengerusi Parti Demokratik Annas Urbaningrum dan pengerusi Parti
Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri. Dia
juga mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Indonesia Boedino,
namun tidak melawat Yudhoyono, yang kini berada di penggal terakhirnya
selaku presiden.
"Mereka melayan Anwar dengan penuh hormat. Adalah mencurigakan untuk
mengatakan perkara ini terjadi, bila Muhyiddin dan pemimpin Umno pada
pandangan rakyat sebenarnya tidak bertemu dengan Ibu Megawati pada awal
bulan ini." kata penganalisis politik serantau kepada The Malaysian Insider.
Selain Anwar, turut sama dalam forum "Keamanan dan Kestabilan di Asia
Tenggara" yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Thailand,
Thaksin Shinawatra, dan bekas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta.
Menurut pengelola acara ini, ini adalah pertama kali Thaksin akan
memberi ucapan di negara Asean sejak 2008.
Yudhoyono juga akan memberi ucapan pembukaan dalam forum dan kemudian melancarkan jurnal tersebut bersama Wirajuda dan Wirjawan.
Jurnal itu dikatakan untuk mencipta "satu pandangan intelektual dan
polisi yang fundemental Indonesia dan pandangan terhadap dunia secara
umumnya. Jurnal ini juga mengetengahkan pandangan tokoh pemikir, pembuat
polisi dan banyak lagi di Indonesia dan di luar negara, dan cerita
unik, serta esei dan temubual tentang Asia dan hal ehwal dunia.
Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan
hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik
tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli
Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah
satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.
"Dalam satu hal, ia menunjukkan kematangan dalam hubungan KL-Jakarta,
dan satu lagi ia menempelak pentadbiran Najib Razak. Ahli politik
Indonesia kini semakin menyedari bahawa kerapuhan Najib dalam tampuk
kuasa dan akan memberi risiko kepada pegawai tertingginya.
"Indonesia ada hala tujunya sendiri, sensitiviti Najib dan pandangan
Malaysia tidak penting." kata penganalisis yang tidak mahu dinamakan
itu.
Bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan selalu mempunyai
hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Indonesia itu telah beberapa
kali menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia, yang hampir dengan
bahasa Malaysia, menjadi bahasa Malaysia semasa beliau menjadi Menteri
Kewangan dan Menteri Pendidikan. Sebahagian dari penyokong Anwar juga
berpindah ke Indonesia apabila beliau dipecat atas dakwaan rasuah dan
liwat pada tahun 1998.
Hubungan antara dua negara ini selalu dingin dari isu sempadan,
perniagaan dan juga tenaga buruh. Indonesia adalah pembekal tenaga buruh
terbesar ke Malaysia tetapi angka itu semakin berkurangan kerana isu
amah yang dilayan secara teruk dan melibatkan kematian.
Kontroversi terbaru ialah bila Malaysia mencadangkan untuk
mengiktiraf tarian "Tor-tor" dan Gendang "Gordan Sambilan" dalam
masyarakat Mandailing untuk dijadikan budaya kebangsaan.
.
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
21 hours ago
0 Komen pengunjong :