Harga Proton, Produa tetap lebih murah walau mansuh duti eksais


PETALING JAYA 27 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Proton dan Perodua kekal harga kereta terendah dalam pasaran jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan.
“Jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.
“Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Rafizi berkata, latah pemimpin Umno BN mengatakan rombakan struktur cukai menyebabkan harga kereta import setara Perodua dan Proton, sekaligus menyebabkan jenama kereta tempatan itu terpinggir, tidak benar sama sekali.
Jelasnya, kereta Proton dan Perodua yang dijual dicukai sekurang-kurangnya 85 peratus dalam bentuk cukai eksais dan cukai jalan, seperti model yang dijual Honda, Toyota dan lain-lain.
Menurut Rafizi, cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh, tidak membezakan antara jenama dan model tempatan atau antarabangsa.
“Cukai eksais dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan. Maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian, pada kadar yang sama,” kata Rafizi.
Tambah beliau, ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna rakyat dan mengurangkan bebanan mereka.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat bercadang untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais dan cukai import jika berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat.
Langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai-cukai tersebut.
.

1 comment :

  1. sudah tiba masa nya yang cerdik,pandai, dan bijak mentadbir negara. kalau sebelum ini, mathadir kata yang bodohx mentadbir negara maka jadi lah apa yang terjadi. bila orang pandai kata cukai bolih di turunkan yang bodohx melopong dan berkatalah ia mana mungkin. jawab nya mungkin sebab awak semua bodoh tak bolih fikir.

    ReplyDelete