Wilfred
Bumbering dan Lajim Hj Okin telah menampakkan yang mereka akan keluar
dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran
oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO
itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon
Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya
memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang
pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan
diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang di spekulasikan
oleh banyak pihak.
BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan
yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah
sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di
antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan
terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi
kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN
Sabah.
Banyak pihak yang mengatakan yang sebanyak 12 kerusi parlimen di
Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan datang ini dan jika
benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu
yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah
tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN dalam
pilihanraya yang akan datang ini.
Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang
menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula
dengan masalah ‘inter-party’ yang kian meruncing. Kita perlu ingat di
Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini
kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang
menyeluruh. Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC
dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.
Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh
Najib di Melaka baru baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan
BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap itu menggelikan hati
ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah. Najib bukan
kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya
dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.
Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak
yang Najib dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis
keyakinan yang tersangat berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum
pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima
dekad ini.
Maka keyakinan setengah pihak yang mengatakan Najib merupakan Perdana
Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.
-/
http://aspanaliasnet.blogspot.com
.
0 Komen pengunjong :