Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rafizi letak jawatan tumpu tumbangkan Umno BN


PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini menegaskan perletakan jawatannya dalam kerajaan Selangor adalah tindakan biasa yang dilandaskan pada asas moral. Ini, katanya kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik partinya.

Malah menurutnya keputusan itu telah lama dirancang demi menumpukan perhatiannya kepada usaha PKR dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional.

"Saya telah mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor sejak bulan Oktober tahun lepas lagi semasa PKR mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

"Pembubaran Dewan Rakyat yang makin hampir dan keputusan ini akan memberi peluang saya untuk menumpukan kepada usaha merancang kempen PKR dan menyusun strategi hadapi pilihanraya," katanya.

Tambahnya, PKR adalah sebuah parti reformasi, budaya politik berbeza dan beliau cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan  lebih kepada kerja politik.

"Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno BN, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

"Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno-BN ini apabia saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka," sambungnya.

Rafizi menyatakan, beliau akan duduk berbincang dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin bagi meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno.

"Tindakan ini sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," ujarnya lagi.
.

0 Komen pengunjong :