SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak
mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei
11 lalu bahkan dia ke England dulu.
Bila lagi?
Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian gugur sendiri?
Oleh kerana ia tidak diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib
menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara
antara polis dan peserta Bersih 3.0.
Najib mahu mengambil faedah dari huru-hara yang tercetus itu. Dia
bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat bebas tentang siapa pencetus
kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus orang peserta Bersih
3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.
Sudah ada yang didakwa di mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.
Cuepacs pula sedang meneliti siapa anggotanya yang turun padang untuk
dikenakan tindakan. Guru-guru pula sedang diperhatikan siapa yang
keluar hari itu. Pelajar-pelajar juga sedang diperhatikan.
Macam-macam tidakan dicadangkan untuk dikenakan. Jika betullah pro
kerajaan yang ada untuk mengenakan tindakan, maka ia memerlukan sedikit
masa untuk melaksanakan semua gertakan itu.
Dalam keadaan yang ada kerajaan tidak sekadar menggertak, tetapi
sungguh-sungguh hendak bertindak. Tidak dapat hendak diramalkan apa
bentuk suasana jika semua tindakan itu dikenakan.
Adalah faedah politik yang dicari dari semua tindakan itu.
Jika semua tindakan itu hendak dikenakan, maka pilihan raya tidak
dapat diadakan selagi semua kes tidak selesai. Najib tidak akan
membiarkan semua kes itu tergantung bagi mengadakan pilihanraya. BN dan
Najib tidak dapat apa-apa faedah jika pilihan raya diadakan sedang
semua kes itu tidak selesai.
Jika pilihan raya diadakan dalam keadaan demikian, maka apa jadi
kalau dalam pilihan raya nanti Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?
Tentulah kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan semua arahan buru orang
yang belum tertangkap. Semua yang sudah ditangkap dilepas dan tiada
tindakan akan diambil.
Semua kes yang sudah didakwa digantung dulu. Tengok apa Peguam Negara dan pendakwa raya patut buat dengannya.
Presiden Ceupacs pun tentang tidak berkata apa-apa lagi kepada anak
buahnya. Bahkan anak buahnya lebih riang daripadanya. Akan ada pandangan
bagi dari pembesar Ceupacs.
Saya tidak tahu siapa jadi Menteri Dalam Negeri yang baru? Azmin Ali
atau Salahuddin Ayub. Dia tidak perlu tukar Ketua Polis Negara dan
Timbalannya. Mereka pula tabik menteri baru itu. Tun Hanif Omar akan
jumpa menteri baru apa nak buat dengan jawatankuasa penyiasat yang
diketuainya?
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail pun akan jumpa Perdana Menteri bertanya boleh sambung khidmat lagi atau tidak?
Tentulah suasana akan berubah.
Perdana Menteri Najib macam mana? Dia akan jadi macam Dato Onn bin
Jaafar semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri Malaya
selepas 27 Julai 1955.
Suasana itu antara yang sedang pun difikirkan oleh Najib.
Sebelum keadaan seperti itu berlaku Najib berfikir lagi tentang
tarikh baru pilihanraya. Dia tidak akan adakan selagi semua yang polis
cari tidak ditangkap. Bukan saja ramai dari mereka akan didakwa, tetapi
dia mahu supaya semua kes itu diselesaikan dulu.
Dia tidak mahu semua kes itu tergantung ketika pilihan raya diadakan.
Hukum dulu siapa yang disabitkan. Apa kesannya? Masa itulah yang
menentukan kesannya.
Maka selepas semuanya selesai barulah tarikh pilihanraya diumumkan.
Sebelum puasa atau selepas musim haji? Bergantung secepat mana semua kes
itu dapat diselesaikan.
-/Harakahdaily
0 Komen pengunjong :