Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa


KUALA LUMPUR 18 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media Kanada, The Vancouver Sun yang mengaitkan beliau dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sehingga kini berdiam diri dan tidak berani menyanggah laporan tersebut yang sebelum ini turut disiarkan laman web antarabangsa, Asia Sentinel.
“Setakat ini, belum ada pendirian rasmi daripada Perdana Menteri dan pejabat beliau tentang tulisan-tulisan yang dipaparkan media antarabangsa yang memberi kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.
“Saya ingin mencabar Najib supaya menafikan sekeras-kerasnya dua tulisan oleh media antarabangsa ini, malah mengambil pendirian tegas dengan memfailkan saman sekiranya apa yang disebutkan itu fitnah dan bertujuan memalukan Perdana Menteri,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, skandal Scorpene yang melibatkan pemberian komisen ratusan juta ringgit menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang mahukan keadilan diberi kepada mereka yang menjadi mangsa dalam kes itu.
“Isu Scorpene bukan sekadar membabitkan isu politik dalaman negara tetapi menjadi perhatian antarabangsa berhubung penyelewengan dan rasuah sehingga membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia (Altantuya Shaariibu),” kata Shamsul.
Ditanya sama ada laporan media antarabangsa mempunyai kredibiliti, Shamsul berkata, “Saya yakin media antarabangsa mempunyai pemahaman jelas tentang risiko yang bakal mereka hadapi apabila menerbitkan berita mengenai seseorang pemimpin sesuatu negara,” kata beliau.
Sebelum ini, Najib dicabar menyaman laman web Asian Sentinel yang mendedahkan bahawa rasuah Scorpene yang disalur menerusi Hong Kong.
Artikel yang ditulis John Berthesen itu mendedahkan sejumlah RM144 juta dibayar menerusi syarikat Terasasi (HK) Ltd yang berdaftar di Hong Hong dan dikendalikan Razak Baginda- kenalan rapat Najib dan bapanya, Abdul Malim Baginda.
Bagaimanapun, Najib sehingga kini masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu.

0 Komen pengunjong :