Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR: Media ikut telunjuk KDN


PETALING JAYA: PKR mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama bertemu beliau pada 27 April lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Naib Presiden N Surendran berkata, pihaknya telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk menganggu, menghalang dan menahan wartawan yang melaporkan tentang Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu datang dari peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam berhubung keganasan pihak polis terhadap wartawan.
Ujar beliau, “kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis.
“Pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk KDN apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari,” katanya.
Menurut beliau, sehingga hari ini tidak ada sebarang kenyataan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tentang keganasan tersebut.
“Jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan,” jelas beliau.
Kata Surendran, ini juga serangan yang serius oleh Barisan Nasional terhadap kebebasan akhbar. Di bawah sistem demokrasi kita, KDN i tidak mempunyai sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan.
“Dalih Najib dengan meminda Akta Media Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.
“Oleh itu, kami mendesak Hishamuddin untuk mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu.
“Kami seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media dan orang ramai pada hari tersebut.

0 Komen pengunjong :