Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gaji minimum: Pengumuman pra-PRU13 Najib, dakwa Pakatan


SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan pengumuman gaji minimum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin tidak mampu mengubah keadaan politik semasa, sebaliknya ia hanya “satu pengumuman pra-Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."
"Pengumuman Perdana Menteri sudah lewat lebih setengah tahun, seolah-olah apa diumumkan itu satu lagi pengumuman sebelum pilihan raya," kata kenyataan media PR.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad, Rafizi Ramli dan Liew Chin Tong, masing-masing Ahli Parlimen Kuala Selangor, Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Bukit Bendera.
PR mendakwa bahawa apa yang diumumkan Najib itu sudah tertangguh lama dan pelaksanaan secara berperingkat adalah mengecewakan.
“Parlimen meluluskan Akta Gaji Minimun pada Jun 2011, kerajaan persekutuan dijadualkan mengumumkan kadar gaji minimum itu menjelang Disember 2011.
"Bagaimanapun pengumuman Perdana Menteri lewat lebih setengah tahun, seolah-olah apa diumumkan itu satu lagi pengumuman sebelum pilihan raya," katanya lagi.
Selain itu kata beliau, pengumuman kadar RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak sebenarnya termasuk elaun dan ini bermakna tiada apa perubahan dibuat dan apa diumumkan tidak mampu mengubah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat,” dakwanya.
Menurut kenyataan itu, PR menyedari dasar gaji minimum berkesan perlu dilaksana dalam pakej secara holistik.
PR juga menyifatkan kerajaan berada dalam keadaan tertekan apabila melihat belanjawan yang dibentangkan pakatan tahun lalu yang mensasarkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,100.
Kata kenyataan itu, kekurangan dasar gaji minimum, pergantungan kepada buruh asing tidak mahir dan ketidakupayaan bergerak ke atas tangga teknologi adalah faktor penyumbang utama ekonomi negara tidak banyak berubah sejak 1990-an.
Najib membuat pengumuman kelmarin sempena sambutan Hari Pekerja 2012.

0 Komen pengunjong :