Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pendakwaan Anwar: Semakin jelas niat jahat Najib


TRIANG, 24 MEI: Datuk Seri Najib Razak perlu bersedia untuk menghadapi kemarahan rakyat kerana tindakannya yang membelakangkan aspirasi rakyat pelbagai kaum yang mahu pilihan raya bersih serta usaha mewujudkan kerajaan yang adil, saksama dan demokratik.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pendakwaan di mahkamah terhadap tiga pemimpin PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) – merupakan isu terbaru dalam kempen fitnah terhadap BERSIH 3.0, dengan tujuan memporakperandakan keadaan dan bukannya untuk memulihkan kestabilan negara.
“Najib harus sedar bahawa tindakan ini akan membawa bencana dalam pilihan raya umum yang akan datang akibat keangkuhan kuasa dan penghinaan terhadap aspirasi rakyat Malaysia merentasi kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur,” katanya sewaktu merasmikan DAP Cawangan Triang di sini Selasa lalu.
Menurutnya, tindakan Perdana Menteri juga bakal menyebabkan beliau mengalami kerugian besar dari sudut politik kerana pendakwaan terhadap tiga pimpinan PKR tersebut akan mencemari nama baik dan usaha program transformasinya termasuk Program Transformasi Politik yang tidak akan lagi dipercayai oleh rakyat.
Isnin lalu, Anwar, Azmin Ali serta Badrul Hisham telah didakwa di mahkamah berhubung dengan penyertaan mereka di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu.
Sekiranya didapati bersalah, ia boleh melucut kelayakan Anwar dan Azmin sebagai wakil rakyat serta hilang hak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang jika dikenakan denda melebihi RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur yang turut berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi Isnin lalu untuk memberi sokongan moral kepada Anwar, Azmin dan Badrul berkata, sebelum ini Pakatan Rakyat telah pun menjangkakan bahawa janji-janji Najib untuk menggubal atau memansuhkan undang-undang zalim yang tidak demokratik akan menjadi lebih mengongkong dan menindas.
“Buktinya seperti yang dilihat dalam dakwaan yang dilemparkan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul. Sepatunya Najib mengambil perhatian dan mengikut teladan bekas Peguam Cara Negara II yang telah mengetuai pihak pendakwa terhadap perbicaraan kes Sodomi II Anwar, iaitu Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang kini telah mewakili pihak pembela (Anwar) bersama Karpal Singh.” ujarnya.
Beliau berkata, jika Najib gagal mentafsir apa yang tersirat dan implikasi kehadiran Yusuf dalam pembelaan Anwar, ia bererti beliau bukanlah sebijak seperti yang disangka.

/– Roketkini.com

0 Komen pengunjong :