Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Minta RM10 juta: MP Kapar cabar Khir Toyo dedah bukti


SUBANG JAYA : Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan tawaran RM10 juta.
Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.
“Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya, buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan!
“Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.
“Kalau betul, kenapa tak buat laporan ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sini hari ini.
Hadir sama, Gwo Burne dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu.
“Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk ‘MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR’ ditulis oleh M Zakrul Adam daripada blog Sel13.com.
“Kemudian saya akan lantik peguam bagi menyaman mereka, saya sudah rancang untuk memfailkan saman itu dalam masa terdekat,” katanya.
Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan tawaran tersebut.
“Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami, kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.
“Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah…tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat.
“Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya.
“Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada,” jelas beliau lagi.

0 Komen pengunjong :