KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya tokoh di belakang
'senaman punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga kini menarik perhatian
ramai kerana beliau juga mengeluarkan fatwa air '100 plus' haram untuk
orang Islam.
"Kami orang Islam tak minum air ni, kami minum air suam sahaja," kata Mohd. Ali Baharom kepada Ambiga.
Beliau mengetuai sekumpulan bekas tentera membuat senaman 'punggung' di depan rumah pemimpin Bersih itu baru-baru ini.
Jawapan
itu diberikan Ali ketika menjawab tawaran air tin '100 Plus' oleh
Ambiga selepas kesemua mereka kelihatan letih membuat senaman itu di
depan rumahnya.
Rupanya, Mohd. Ali jugalah salah seorang yang membeli gelaran 'datuk' untuk dipakainya sebelum ini.
Pengakuan ini dibuat beliau dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia pada 12 Januari 2011 lalu.
Dalam
berita itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk)
Mohd. Ali Baharom itu memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya
dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak
diperakukan.
Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan
diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam
kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.
“Hari
ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka
kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’
yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.
“Selain untuk
saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi
kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan
kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan
Malaysia.
Mohd.
Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi
diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006
menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.
Mohd. Ali memimpin 15 rakan-rakannya membuat senaman punggung dengan
cara menonggengkan punggung mereka ke rumah Datuk Ambiga kerana
membantah penglibatannya dalam Bersih.
Bagi Mohd. Ali, Ambiga
tidak menghormati Perdana Menteri ketika menganjurkan perhimpunan Bersih
yang dihadiri oleh lebih 250,000 orang yang kebanyakannya anak muda
itu.
0 Komen pengunjong :