KUALA LUMPUR 6 Mei: Jika Altantuya masih hidup, hari ini genap 33
tahun usia wanita itu yang ditemui mati dibunuh dengan kejam di sebuah
hutan di Puncak Alam, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1
pagi, 20 Oktober 2006.
Altantuya dilahirkan pada 6 Mei 1978, anak kepada Shaaribu Setev-seorang profesor psikologi dan ibunya, Sh Altantsetseg.
Dibesarkan di St Petersburg Rusia sehingga 12 tahun, beliau mendapat
pendidikan di Beijing China dan fasih berbahasa Mongolia, Inggeris,
Rusia Mandarin dan Perancis.
Pembunuhan kejam wanita cantik itu, menggemparkan negara apabila
mayatnya diletupkan dengan bom C4, yang hanya boleh diperoleh dari
kementerian pertahanan.
Tiga didakwa di mahkamah iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal
Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Manakala seorang lagi, Abdul
Razak Baginda iaitu kenalan rapat perdana menteri, Datuk Seri Najib
Razak dituduh bersubahat.
Bagaimanapun, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati 9 April 2009,
manakala Razak dibebaskan oleh mahkamah tinggi pada 31 Oktober 2008
tanpa dipanggil membela diri.
Razak Baginda, yang juga merupakan seorang penganalisis politik, dikatakan mempunyai hubungan intim dengan Altantuya.
Beliau merupakan seorang broker dalam pembelian kapal selam Scorpene,
oleh Tentera Laut Diraja Malaysia menerusi syarikatnya, Perimekar Sdn
Bhd yang memperoleh komisyen lebih RM500 juta.
Dari situ kes pembunuhan kejam ini mengheret nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu menteri pertahanan.
Pada 3 Julai 2009, seorang penyiasat persendirian, P.
Balasubramaniam, bekas anggota polis cawangan khas dan pernah bertugas
dengan Abdul Razak, membuat pendedahan mengaitkan Najib dalam kes itu.
Beliau membuat sidang media mengumumkan akuan bersumpah yang dirangka
bersama peguamnya, Americk Singh Sidhu sebelum menukar akuan
bersumpahnya sehari selepas itu.
Pada Mac lalu, Hakim dalam kes pembunuhan kejam itu tidak menyentuh
secara langsung mengenai motif pembunuhan yang dilakukan dua anggota
polis tersebut dalam penghakiman penuh beliau.
Ia menimbulkan persoalan di kalangan rakyat dan pemerhati politik.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April lalu
mendakwa siasatan ke atas pembelian Scorpene yang dibangkitkan di
mahkamah Perancis pada masa ini, akan membongkar semula kes pembunuhan
wanita berkenaan.
Mahkamah Perancis kini membuka siasatan ke atas skandal Scorpene yang
dibeli dari syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima aduan
NGO hak asasi di Malaysia, Suaram.
Mengulas mengenai misteri pembunuhan Altantuya, Pimpinan KEADILAN
Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shahrin berkata, kes itu akan terus
membayangi pentadbiran Najib Razak.
Ia katanya, merupakan satu kes paling aneh di dunia, apabila mahkamah tidak memutuskan motif pembunuhan.
“Ini kes penting melibatkan wang rakyat di mana penglibatan tokoh besar dalam negara dan berkaitan rasuah.
“Rakyat khasnya anak muda mahu tahu misteri di sebalik kematian
wanita ini. Jika beliau masih hidup, usianya kini ialah 33 tahun,”
katanya yangpernah menghasilkan buku bertajuk ‘Di Sebalik Pembunuhan
Altantuya’.
Badrul berkata, jika kes itu dirungkai semula, ia akan mendedahkan
lebih banyak kes-kes yang berkaitan dengan skandal melibatkan Najib
Razak.
.
Buat Persediaan.... PRU ke 13 - 3/6/2012 disahkan...
ReplyDelete