Salahuddin ikrar akan ganyang Johor. |
Naib Presiden Pas Salahuddin yang diberi kepercayaan untuk mengepalai
Johor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki negeri itu sudah
menerima pukulan permainan jahat dan kotor Umno bila mana beliau
difitnah berzina dengan isteri orang. Khabarnya poster dan risalah
menuduh beliau berzina telah disebar berleluasan di Johor.
Perbuatan terkutuk itu menandakan Umno kehabisan modal, kekeringan minda terpaksa menngambil pendekatan di zaman kerajaan Melaka 500 tahun dahulu yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk merebut jawatan.
Apa dilakukan oleh penguasa di kerajaan Melayu Melaka dulu samalah dilakukan oleh Umno Johor hari ini. Orang berhati busuk yang terdiri dari pembesar istana melakukan fintah menuduh orang itu bermuka dengan isteri orang, dengan gundik istana tujuan untuk menjatuh dan mengaibkan seseorang. Hasil tuhan itu menyebabkan raja yang tidak usul periksa meneriam kemudian menghukum si kena tuduh.
Nah, fintah atau sunnah dari zaman kerajaan Melaka kini dihayati oleh pemimpin Umno Johor. Apakah gara-gara perbuatan jahat dan keji itu menyebabkan kerajaan Umno Johor juga akan tumbang kerana fintah itu?
Salahuddin ketika berucap pada Himpunan Tanah di Angsana Johor Bharu Ahad lalu, bersumpah menafikan tududuhan itu dengan menyebut, "Wallahi, Wabillahi dan Wathalli, saya tidak pernah pernah membalun isteri orang".
Beliau mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh para bloger upahan Umno.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu begitu marah dengan perbuatan itu dan meminta Umno berdepan dengan secara anak jantan. "Kalau berani berdepanlah dengan saya secara anak jantan," cabarnya. Saya belum pernah melihat Salahuddin menjadi begitu marah kepada mana-mana pihak di dalam ceramahnya. Mungkin kerana tidak dapat menerima perbuatan kotor itu, menyebabkan beliau kehilangan keperibadian lemah lembutnya selama ini.
Sepatutnya Salahuddin tidak melayan golongan Raja Mendaliar, Patih Karma Wijaya dan sekutu seracun dengannya kerana kerja jahat itu memang keturunan mereka sejak dari azali lagi. Umno yang asalnya memerintah negara ini dengan penipuan, fitnah dan memperalatkan segala angensi kerajaan tidak akan berhenti dari perbuatan jahatnya itu.
Himpunan Tanah itu bertujuan untuk membela nasib rakyat Johor yang dinafikan hak mereka memiliki tanah diadakan di Angsana Johor Baharu dihadiri lebih 10,000 orang. Menurut Pengerusi Tanah Suhaizan Kayat, himpunan itu merupakan pertama kali melihat rakyat Johor bangkit serentak tanpa takut untuk membela hak mereka.
Kebangkitan rakyat Johor membuktikan bahawa rakyat Johor dari segenap lapisan masyarakat dan keturunan sudah muak dan jeluak dengan Umno dan BN.
Isu tanah tampaknya akan menjadi isu utama di Johor dalam pilihan raya kali ini yang sukar untuk dibendung oleh MB Abdul Ghani Othman.
Sesungguhnya pengembalian Salahuddin ke Johor yang dianggap sebagai kembalinya penglima selepas bertapa di rantau orang (Kelantan) membekalkan ilmu bagi membela kampung halaman, menghalau para penyamun dan musuh tidak sia-sia. Segala ilmu yang dipelajari Salahuddin sudah dipergunakan dan ia memberi kesan.
Sementara itu kekompatan anak-anak Johor yang menumbangkan kerajaan Umno di Johor begitu terserlah. Minggu lalu majlis makan malam anjuran Pas Johor untuk dana pilihan raya mendapat sambutan hangat. Paling menggembirakan sokongan untuk Pas dan Pakatan Rakyat turut sama disokong oleh golongan profesional yang tinggal di luar Johor.
Sumber : MSOmelayu
.
0 Komen pengunjong :