Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno Pulau Pinang Kuda Tunggangan Parti Gerakan

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru. Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN yang baharu.Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut. DPPM merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi. Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya ‘kuda tunggangan’ Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut.Pelantikan ini pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana. Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.Mungkin juga Pengerusi BN yang baharu ini berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dari segi pendekatan. Mungkin Pengerusi BN ini telah berjanji untuk memartabatkan bangsa Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. Mungkin juga umat Islam di Pulau Pinang akan semakin terbela di bawah pemerintahan ‘Khalifah’ Tan Chang Yeow sekiranya BN menang di Pulau Pinang. Atau mungkin juga UMNO telah men transformasikan parti mereka untuk menerima bangsa lain sebagai pemimpin mereka dan pemimpin negara ini.

0 Komen pengunjong :