Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sepakat Isu ‘Task Force’ Disiasat Suruhanjaya Diraja


KUALA LUMPUR: Komponen Pakatan Rakyat menyokong usaha yang dibawa oleh PAS agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘task force’  berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang di dakwa didalangi pihak SPR dan kakitangan Pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Kata sepakat ini diperolehi setelah mendengar penjelasan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.
Sebelum ini, Mahfuz melancarkan Gerakan Anti Penyelewengan Ic (API) selepas membuat pendedahan berhubung dakwaan wujudnya  gerak kerja pemberian kad pengenalan yang melibatkan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, tuntutan ini sejajar dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan yang mahukan pembersihan daftar pemilih setelah siri pendedahan yang dibuat menunjukkan wujudnya keraguan yang membimbangkan.
“Kita akan mendukung usaha ini. YB Mahfuz sudah memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam tentang usaha ini. Sudah tentu ini menjadi agenda bersama Pakatan Rakyat untuk memastikan daftar pemilih  benar-benar bersih tanpa ada sebarang penyelewengan, tidak memberikan hak mengundi kepada warga asing.
“Hal ini merupakan isu dan perdebatan hangat sekarang dan usaha ini. Kita akan mendokong demi menjaga kedaulatan negara ini dakam PRU akan datang,” katanya.
Sementara itu, DAP turut menyatakan sokongan terhadap perkara ini dan berharap agar pihak yang melakukan pengkhianatan kepada negara dibawa ke muka pengadilan.
Ahli Parlimen Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan sebarang sokongan terhadap apa-apa penubuhan suruhanjaya.
“Perkara ini perlu disiasat kerana memberi ancaman kepada negara agar kebenaran dapat dijelaskan kepada semua orang,” katanya.

0 Komen pengunjong :