Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Aktivis Bersih ditahan di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 20 April — Seorang aktivis Bersih 2.0 telah ditahan polis kerana menampal poster Bersih 3.0 di sekitar kawasan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di negeri terbabit awal pagi tadi.
Tan Hong Kai, 21, dari Selangor telah ditahan ketika sedang menampal poster berkenaan kira-kira pada jam 2.30 pagi oleh pihak keselamatan universiti sebelum di serahkan kepada pihak polis kerana beliau bukan penuntut institusi pengajian tinggi berkenaan.
Menurut Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Pulau Pinang, Lee Hui Fei, pihaknya sudah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tangkapan tersebut, namun sehingga kini, Hong Kai masih lagi belum dibebaskan.
“Peguam telah menghubungi IO (pegawai penyiasat) dan beliau memaklumkan Hong Kai akan ditahan atas kesalahan menceroboh kawasan universiti. Namun begitu, sehingga kini kami masih lagi belum menerima apa-apa berita kerana kami tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan balai polis,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kami hanya menerima SMS daripada Hong Kai yang mengatakan dia ditahan polis selepas itu. Namun kami tidak tahu sama ada dia dibenarkan untuk diikat jamin ataupun direman,” jelasnya.
Tambah Lee, pegawai penyiasat telah mengambil keterangan daripada Tan pada jam 6.30 pagi tadi, namun pihaknya masih lagi tidak mengetahui status situasai tersebut.
Jelasnya lagi, tangkapan ke atas Tan itu adalah yang pertama untuk Bersih 3.0, walaupun Putrajaya telah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk meneruskan rancangan mereka.
“Pihak polis diharapkan tidak melebihi kuasa kementerian kerana sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein telahpun memberikan ‘lampu hijau’ kepada Bersih 3.0,” katanya yang kesal dengan insiden berkenaan.
Dalam kenyataan berasingan daripada Suaram, Tan dikatakan telah dibawa ke balai polis Sungai Nibong kira-kira jam 4.30 pagi sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Pattani.

0 Komen pengunjong :