Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS tuduh Umno terlibat insiden koyak Harakah

harakah frontpage 240403

PAS hari ini mendakwa parti lawan mereka Umno terlibat dalam kejadian mengoyak akhbar rasmi parti Islam itu Harakah di Putrajaya kelmarin akibat takutkan rakyat bermaklumat tentang perkara sebenar.

"Mereka sedar kalau rakyat membaca Harakah atau media alternatif, rakyat akan mendapat maklumat sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku. Inilah yang ditakuti mereka," kata ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bernama kelmarin melaporkan, lebih 100 penduduk Presint 8 berkumpul di medan selera di kawasan mereka dan mengoyakkan Harakah, yang didakwa diletakkan di rumah atau peti surat apartmen penjawat awam di Putrajaya.

Wakil penduduk Roslan Abu Hanif dilaporkan berkata, tindakan itu dibuat sebagai tanda bantahan kerana mendakwa "banyak berita tidak benar" dimuatkan dalamnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu ekoran ramai penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah.

"Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ia diberi secara percuma.

"Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati," kata Tuan Ibrahim.

0 Komen pengunjong :