KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari
ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan
pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force
pemberian IC tidak selesai.
"Kita menunut agar Tuanku tidak
memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai
menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan
daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui
pasukan khas ini," kata pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum serta
semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Selain itu Mahfuz juga
turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai
kerajaan yang terlibat dalam task force itu.
.
Terdahulu Mahfuz
mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.
Selain
melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut
diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh
negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Turut
dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod
kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.
Selain
itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri
daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.
Menurut
Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga
Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya
Diraja bagi menyiasat perkara itu.
"Kita juga turut mencadangkan
Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang
untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian
beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda,"
katanya lagi.
Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum
itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub,
Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar,
Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API.
0 Komen pengunjong :