Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mesyuarat Maipp tidak sah hanya mainan Umno


GEORGETOWN: "Tidak timbul mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dua hari lepas tidak sah kerana yang hadir dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri," kata Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.

Baginya, semua itu mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak habis-habis mencernakan keadaan menjadi lebih kelam kabut dalam isu perlantikan YDP Maipp.

“Padahal isu ini bukan isu besar sehingga boleh menjadikan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng goyang,” katanya.

Ketika ditanya selepas ceramah Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Cermai, Pekan Permatang Pauh malam tadi, Saleh menambah, Umno dan BN termasuk  beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diperkudakan sudah kering modal untuk menghentam Pakatan Rakyat.

"Takkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri boleh duduk dalam mesyuarat yang tidak sah.

“Mereka lebih tahu berbanding datangnya dari mulut kepimpinan Umno yang masih tidak percaya kekalahan mereka pada pilihanraya ke 12," terang beliau.

Saleh berkata, hasil perbincangan dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara telah dibangkit dan mendapat persetujuan bersama.

“Cuma pelaksanaanya sahaja akan dibawa sekali lagi dalam mesyuarat penuh Maipp mungkin setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi jawatan YDP,” katanya.

Justeru itu tambahnya, rakyat mesti memberikan peluang lagi kepada Kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan agendanya dengan harapan membaiki urus tadbir supaya memudahkan pelaksanaannya kelak.

0 Komen pengunjong :