Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri Besar Pahang patut dibersarakan

NONE

Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR).

Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.

“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah,  Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.

Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi  012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.

Selain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.

Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.

1 comment :

  1. memang patut sangat MB adnan dipersarakan kerana gejala rasuah dan salah guna kuasa menjadi-jadi dibawah pentadbiran dia dah memang tersohor seluroh Pahang. Habis dia gadai negeri Pahang kerana nak membodek kerabat di Raja Pahang. Petualang bangsa patut dihumban dia ke sungai Pahang bahan dek buaya!!

    ReplyDelete