Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Surendran: Hukuman terhadap Hoslan tidak wajar


Saya merujuk kepada hukuman satu tahun penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Hoslan Hussain hari ini.

Hukuman tersebut tidak wajar dan bersifat zalim.  Kes ini sewajarnya ditangani dengan keadilan yang berteraskan prinsip belas kasihan dan Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya.  Tambahan lagi, Hoslan dinafikan hak membela diri.  Beliau tidak diwakili peguam dan merasa sangat sedih dengan perbuatannya melontar kasut dalam mahkamah tempoh hari.

Hoslan merupakan bapa kepada tujuh orang anak dan kes beliau ini telah tertangguh sejak tahun 1999.  Sewajarnya beliau dihukum dengan amaran keras atau denda.  Pihak kehakiman seharusnya mempertahankan nama baik mereka berdasarkan teras moral dan bukan dengan memenjarakan rakyat.

Pihak kehakiman juga wajar merenung kembali kelemahan mereka.  Keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman masih berada pada tahap membimbangkan dan pihak kehakiman perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini.  Rakyat menganggap pihak kehakiman tidak bebas dan telah gagal melindungi hak asasi rakyat.  Kurangnya keyakinan ini bakal mengundang peristiwa sama seumpama insiden melontar kasut baru-baru ini.

Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran BN.  Adalah menjadi hasrat Pakatan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan integiriti dan kebebasan institusi kehakiman negara.

0 Komen pengunjong :