Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kredibiliti Anwar dalam urus ekonomi lebihi Pak Lah, Najib


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pengalaman dalam ekonomi yang dimiliki oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang lima tahun memegang jawatan Menteri Kewangan lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh tersebut ekonomi Malaysia telah menunjukkan angka yang positif serta tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa termasuk pemimpin Barisan Nasional.

"Sewaktu Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah kadar positif dan jelas angka-angka ini tidak boleh dipertikaikan.

"Malah apa yang dilakukan oleh Anwar lebih baik dari sewaktu Abdullah dan Najib memegang jawatan Menteri Kewangan," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Khalid menjawab persoalan itu yang ditimbulkan oleh Adun Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman sebelum ini berhubung perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

"Sebab itu bila Adun Seri Serdang mempersoalkan tentang bagaimana kriteria yang digunakan oleh kerajaan dalam lantikan tersebut, kita tekankan terhadap pengalaman yang Saudara Anwar miliki.

"Jika Adun Seri Serdang mempunyai pengalaman seperti Anwar yang dapat menunjukkan pencapaian ekonomi negara secara positif selama lima tahun secara konsisten sudah pasti saya akan memilih beliau sebagai penasihat ekonomi," sambungnya lagi.

Tambah beliau lagi, untuk dipilih sebagai penasihat ekonomi, kerajaan negeri meneliti kepada pengalaman yang dimiliki oleh individu terbabit bukannya dipilih mengikut budi bicara.

"Anwar dipilih berdasarkan kepada pengalamannya dalam soal ekonomi serta kecermelangannya dan beliau telah berusaha bersama-sama memastikan pengurusan negeri Selangor ini dari segi ekonomi dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

"Dan memberi kita contoh kepada rakyat bahawa Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah dapat mengurus negeri dengan penuh cemerlang, malah rancangannya bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk masa depan," jelasnya.

Khalid berkata, walaupun dalam masa yang singkat Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor tetapi dari segi ekonomi, dalam masa yang singkat dapat membuktikan bahawa negeri ini lebih baik daripada apa yang dibuat oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini.

"Ini menunjukkan bagaimana kita urus tadbir ekonomi negeri dengan pemilihan penasihat ekonomi berasaskan pengalamannya, Selangor menjadi yang terbaik dari segi pentadbiran dan ekonomi serta kebajikan untuk rakyat," beritahu beliau lagi.

0 Komen pengunjong :