Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SAMM akan dedah NGO wujudkan hubungan M’sia - Israel


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mendedahkan mengenai modus operasi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang  mempunyai kaitan dengan Israel, didakwa berperanan mewujudkan hubungan diplomatik secara terus dengan Malaysia.
Pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, peranan dimainkan oleh NGO itu adalah secara konsisten sejak awal 2007.
Malah segala modus operasi NGO itu adalah diketahui oleh kerajaan Malaysia dan ia bergerak secara konsisten sehingga kini.
Ujar Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard, butiran mengenai modus operasi NGO itu akan didedahkan dalam masa terdekat.
“Modus operasi ini bukan bergerak dibawah nama syarikat tetapi lebih kepada NGO yang didokong oleh Israel dan memainkan peranan  penting dalam hubungan diplomatik dengan Malaysia. Melalui rekod kami NGO ini sudah beroperasi awal 2007.
“Kita akan dedahkan mengenai modus operasi NGO ini yang sedia maklum dibawah pengetahuan kerajaan Malaysia. Perkara ini lebih besar  kerana ia mengaitkan Kementerian Luar dan kerajaan Malaysia sendiri,” dakwa beliau.

Syarikat kapal Israel
Sementara itu, beliau turut mendedahkan mengenai jadual sebuah syarikat perkapalan Israel (http://www.linescape.com/) yang membuat penghantaran terus ke negara ini.
Dakwa beliau, penghantaran itu melalui syarikat perkapalan yang dikenali ZIM dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Pelabuhan Klang di Selangor.
“Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.
“Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel – Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno,” katanya.
Sebelum ini beliau turut mendedahkan bahawa dua syarikat tempatan, Mewaholeo Industries Sdn Bhd dan IOI Croklan Sdn Bhd terlibat dalam penjualan minyak sawit terus dari Johor ke Israel.

0 Komen pengunjong :